Showing posts with label belajar. Show all posts
Showing posts with label belajar. Show all posts

04 November 2011

[hidup] perancangan

kita kalau nak buat apa apa benda sepatutnya kita merancang dahulu. betul bukan?

aku ingat hari ini aku nak datang bmi pagi pagi jumpa brader sharul install labview. pastu pergi office jumpa dr. izhar. pastu ambil semula laptop pada brader sharul. balik rumah keramat. ambil barang. jumpa siti fid ambil assignment. kemudian terus bergerak ke klang. solat jumaat di masjid kg delek.

itu yang aku ingat nak buat untuk hari ini. jumaat. namun segala rancangan aku sekadar rancangan. semua tak boleh (ada orang tu cakap ala ala jambu).

apa yang terjadi ialah. datang ke bmi jumpa brader shahrul. dia kata lepas jumaatlah. 2 jam baru siap tu. pergi ofis bmi. dr. izhar sudah tiada. balik kampung mungkin.sesudah itu aku balik ke rumah keramat sambung tidur. lepas solat jumaat baru aku ke bmi tunggu brader shahrul install sampai jam 5. sekarang baru 420. aku lupa nak pergi ambil assignment pada fid lagi. kene patah semula ke keramat.

**sakit kepala...sakit otak...beberapa hari ini...

[part time] laptop ujang

disebabkan aku tidak mempunyai laptop atau computer ujang dengan baik hati telah memberi aku meminjam laptop beliau. setelah beberapa minggu aku menggunakan laptop ini satu masalah besar telah timbul.lcd telah menjadi kabur dan menyukarkan pandangan

aku agak kaget pada mulanya. aduh...macam macam jatuh atas kepala ni. lepas 1-1. benda yang paling aku risau ialah aku tak dapat menyiapkan kerja sekolah. lagi lagi assignment Ai yang aku 1 grup dengan ujang.

lantas kawan kawan yang berhampiran segera aku hubungi. akhirnya setelah dibuat beberapa ujian ternyata lcdnya rosak. aku dah cuba plug-in kat monitor masa kat opis mus. setelah mendapat satu kepastian aku segera hubungi sesiapa yang punya monitor pula.

dan kini aku sudah punya monitor yang di pinjam dari seorang tua yang duduk di kelana jaya. aku pergi rumah dia malam tadi. tapi aku tak nampaklah adik beliau. mungkin sudah di sorok kerna takut adiknya jatuh hati padaku. haha

cukup cukup. aku nak kene siapkan assignment ni. janganlah kacau

27 October 2011

[part time] lagi lagi exam

budak budak yang belajar sekali dengan aku masih tak tahu yang sebenarnya aku ada hutang dengan bmi. di sebabkan oleh hutang tersebut aku tak dapat untuk register lagi. dan disebabkan tak register aku tak boleh exam.

tapi aku buat macam takda apa je. datang kelas macam biasa. buat lab macam biasa. hantar report macam biasa. pening kepala buatkan assignment untuk dorang pun macam biasa.

di sebabkan hutang aku yang berjumlah hampir 5k dan aku juga tiada sumber pendapatan maka aku rilek rilek je. aku ingat sem ni aku terpaksa gantung dulu then sem depan aku register macam biasa. harap harap result aku untuk sem ni akan disimpan oleh lecturer pabila aku register semula nanti.

aaaaaaarrrrrrgggggggggghhhhhhh!!!!!!kenapa semua pun nak kena ada duit? bayar pakai daun ke batu tak boleh ke???

[hnd] ijat rimau

masa duduk asrama memang macam macam perangai orang yang kita akan jumpa. mula mula duduk asrama wing jahat dengan orang orang jahat memang ok sebab tak kenal lagi. lepas dah beberapa ketika baru aku tahu aku tak salah wing. bukan macam mus yang sering merempat kat wing kami orang.

cerita benar ini bermula di tingkat 1 asrama lelaki bangunan lama. kira the west wing la dimana kejahatan direncana disana. orang orang pelik di wing ni ramai tapi tak sepelik ijat rimau. nama penuh dia aku tak tau tapi yang pasti kami panggil dia dengan nama ijat. dia orang temerloh.

dengar cerita dari mulut dia sendiri dia ni membela. bukan bela kucing macam orang lain tapi bela rimau. kira macam saka macam tu. katanya pandai mengurut tapi bila boboi mintak urut dia kata baru belajar urut kaki belum sampai tangan. haha

ijat rimau hidup dalam misteri. dia pernah tidur di katil tanpa tilam. atas palang besi dia boleh tidur. dia juga sering mendengar bunyi bunyi pelik di belakang billik aku. untuk pengetahuan belakang bilik aku ada serumpun pohon buluh kuning. orang kata situ port jin.

hanif basri (orang tua) cukup risau jika ijat rimau ada bersama. ada sekali masa sesi mari bercerita hantu meremang bulu roma orang tua masa ijat bukak cerita. tapi orang tua geng dengan ijat besen. so takda ape apa sangatlah.

banyak lagi misteri budak ijat tu sampai aku dah lupa. haa...kami pernah jumpa dia sekali masa di temerloh. masa tu nak pergi camping kat bekelah. macam mana kami boleh jumpa dia pun tak tau.

**p/s ijat rimau kata dia ada sedara masa dekat bmi tapi bob tak mengaku..haha

09 October 2011

[part time] wifi lagi

celaka apa ntah pagi ni. semalam ok je. hari ni aku nak buka fesbuk tak boleh. takkan lah technician bmi buat kerja malam malam block fesbuk. itu sesuatu yang tidak mungkin.

08 October 2011

[politik] bajet 2012

petang tadi mat mongol becakap pasal mana duit nak salur. macam macam tempat dia nak bagi duit. ada yang dia potong ada juga yang dia bagi. tak tertinggal gula gula sebelum pilihanraya.

malam ni kenalan phd mesej tentang sesuatu yang serius;

phd : ko percaya tak pada ungkapan "Belia Harapan Bangsa"?

aku : memang belia harapan bangsa. dunia untuk anak muda - isham rais. tapi selagi orang tua terus mengongkong dengan kuasa yang mereka ada anak muda tak jadi apa.

phd : bernas jawapan ko. tapi ungkapan tu dah tak boleh pakai lepas ni. yang tepat " Belia terus menganggur, si tua terus bekerja hingga lanjut usia(60)".

aku : betol. aku tak tau kenapa nak simpan orang tua dalam sektor sedang mereka cuma makan gaji buta. kerja yang boleh disiap dalam 30 minit jika sektor swasta memerlukan 3 hari untuk mereka. mat mongol kata akan ada peluang baru akan dibuka.

phd : mungkin dia lupa sejarah politk lalu. cukuplah dengan kumpul mahasiswa/i um, ukm, uitm n uia. dah boleh dapat undi majoriti untuk negeri selangor. dia terlepas pandang. kesian.

aku : mungkin mat mongol ingat dengan rm200 dapat jadi gula gula untuk budak budak lupakan pasal umur 60 tu kot.

phd : pada pandangan aku berlaku satu bentuk penindasan oleh golongan konvensional(orang tua) untuk kepentingan peribadi. even elaun MP tak kira apa parti dinaikkan. dan mereka bersorak gembira.

last sekali kenalan phd memberi peringatan yang paling penting.


phd : p/s. usop jom kita daftar pasrti KITA. dengar ada kosong lagi.

gurauan pasti KITA oleh kenalan phd memang kerap berlaku. tak tahu pula apa motif sebenar beliau sama ada untuk memperlekehkan KITA atau memang ada niat tersirat. tetapi yang nyata beliau pernah berkata "kita masuk KITA pastu daftar sebagai calon. kacau undi dah tentu BN bayar nanti." disambut dengan hilai tawa. hahaha.

apa yang pasti tindakan mat mongol melanjutkan had persaraan sehingga 60 tahun banyak mendatangkan masalah kepada anak muda. para graduan terutamanya yang sering kali mendapat masalah ketika baru melangkah ke alam pekerjaan. baru sebelah kaki melangkah telah di bentes dan terjelepuk ke tanah.

seringkalli kita di sogokkan dengan cerita tentang peluan kerjaya diluar sana. "20000 kekosongan di karnival kerjaya". jika jawatan kosong yang ditawarkan sebagai pelayan kedai mamak adakah ini yang perlu dipilih oleh para graduan? apalah guna belajar bertahun, menanggung hutang pada ptptn, ketok duit mak bapak tiap tiap bulan. last last tersadai kat kedai mamak. memburuh di kedai makanan segera. lebih teruk hanya terperuk terus menghabiskan harta orang tua?

orang muda sering dipandang lekeh oleh golongan tua yang rasa mereka sudah cukup berkuasa. lagi pula disokong oleh anak anak muda yang hanya tahu membesarkan perut masing masing tanpa memikirkan tentang rakan seusia mereka. mungkin perlunya gerakan seperti tahun 1974 untuk menyedarkan anak anak muda ini? atau terus membisu, rela dihinjak?

aku bukanlah seorang pemimpin. aku cuma aktivis yang rela dipimpin. aku akan bersama mereka yang terus cuba menegakkan yang benar. diharap akan muncullah isham rais ke-2 untuk dekad ini.

06 October 2011

[kahwen] pre-wed amen & syafiq

hujung minggu ni 2 orang kawan aku akan kawen. sorang kawan sekolah menengah sorang lagi sekolah universiti. mereka ber-2 sama usia dengan aku tapi dah nak kawen. ye la. sudah jodoh mereka.

aku rasa dulu aku ada pernah sebut (sound) kat dorang. pasal nak kawen ni. kalau time aku sekolah memanglah aku tak datang. tapi rasa bersalah juga kalau tak datang kawen dorang ni.

amen kawen buat kali ke-1. harapan la lu nak ke-2 bro. haha. tak silap aku bakal bini dia ni dulu pernah aku jumpa dan pernah lepak sekali. maen kate tu sepupu die. serius sampai hari ni aku percaya tu sepupu die. nasib baik aku tak ejas. haha

masa lepas lepas amen kate awek tu sepupu die aku tengok die bukan maen mesra lagi. manada orang mesra dengan sepupu sampai macam tu. fikir aku. tapi sebagai seorang yang tak suka bersangka buruk maka sebab itulah sampai hari ni aku percaya yang awek tu sepupu die.

tujuan aku tulis ni bukan apa cuma aku dalam dilema sekarang ni. nak pergi ke tak? kita sering di'omok'kan jika tak pergi jemputan kawen orang nanti kita kawen orang tak datang. celaka ape ntah hari tu membe aku yang lain kawen time 1 mei. sanggup aku tak pergi KL metalcamp. pastu kawan kitornag yang lain kawen die tak datang. bukan jauh pun die kat jalan kebun. so teori orang dulu dulu ni memang menipu banyak.

jadi akhir kalam. aku nak kene pergi ke tak? hadoiyai....

01 October 2011

[part time] fuzzy

dalam meneruskan kesinambungan pembelajaran, kami perlu mengambil satu mata pelajaran digelar Artificial Intelligence(AI). AI disini seperti filem AI yang anda semua saksikan suatu ketika dahulu. tentang kemajuan teknologi.

dalam mata pelajaran AI ini kami perlu belajar tentang fuzzy logic. fuzzy logic ialah satu kaedah yang di gunakan untuk mempermudahkan kerja. kira macam kalau anda korang rasa c++ tu susah fuzzy ni tak lah sesusah mana. dia meng'improve'kan c++ korang tu.

untuk membuat program fuzzy logic ini beberapa software boleh digunakan seperti c++, Java, LabView. tapi apa yang paling penting ialah kita kene faham setiap software yang akan kita gunakan.

sekarang ni satu haram aku tak faham. macam mane nak buat ni!!!!!!

24 July 2011

[camping] berkelah

berkelah di berkelah. faham? aku peduli apa korang tak faham. yang faham tu faham faham je la. apa aku merepek ni?

masa belajar dulu 2 kali kami orang panjat berkelah. masa 1st time tu main terjah je. anggota yang terlibat ialah bamin, amin londeh, yus, mus, aku. ada lagi ke? aku tak ingat. gambar tengok kat fesbuk aku. hehe. disebabkan ianya secara terjahan maka perancangan yang dibuat secara ringkas. pegi naik bas. mandi mandi. balik naik bas. just that.

berkelah dari jalan besar adalah dalam jarak 5km. benda benda terjah ni kita tak boleh jangka. maka menapaklah kami dari jalan besar sampai ke dalam. ada perkhidmatan pengangkutan naik luri 1 tan tapi kami sombong. haha. dipendekkan cerita sampailah dalam. mandi mandi nak balik.

dah letih letih nak balik. kene menapak 5km tu. korang bayangkan dah letih tak cukup tidur (aku tidur nyenyak dalam khemah) nak kene menapak balik. memang tak tercapai akalmu. maka bergeraklah kami. kadang yus depan. kadang amin depan. kadang aku depan. dah macam lumba basikal. tengah tengah letih menapak lori yang bawak orang keluar masuk melintasi kami. yus selamba cakap "apa barang naik lori. macam ni baru adventure"

amin londeh yang dah penat gila bersuara " ini bukan adventure. ini bangang" dalam nada marah.

kami semua terdiam sehingga jumpa jalan besar. adalah dalam 2km.

23 July 2011

setahun yang lalu

Setahun yang lalu
Ketika dingin pagi masih menggigit
Suatu berita menerjah gegendang telinga
Menerobos ke kotak pemikiran
Membuat dunia seakan terhenti seketika

24 jam sebelum satu lagi episod bermula
Engkau menamatkan tanpa pengakhiran gembira
Bersama mimpi akan datang yang indah
Merancang untuk hari hari yang gembira
Getir di mata cuma seketika

Namun kita cuma insan kerdil
Rancangan megah tanpa hasil
Sang Pencipta yang maha penyayang
Bukan seperti kami
Sayang lahir bila tiada

Selepas setahun kami maasih berjuang
Ada yang terjatuh bangun kembali
Jua yang tersungkur tidak berdiri
Namun semangat semangat kau
Menjadi inspirasi buat kami

Pada tarikh ini
Setahun yang lalu
Tidak kusangka
Air mataku mengalir
Atas nama sahabat

*Al-fatihah buat Azaharie (19 Mac 1980 - 23 Julai 2010)

22 July 2011

[hnd] ecstacy

baca tajuk saja sudah faham bukan. sebiji pil yang bisa membuat hidup kalian kacau dan bilau. namun bukan itu yang ingin aku ceritakan. ia tentang seseorang. ini cerita pasal wing jahat masa duduk hostel dulu.

antara yang menghuni wing jahat ialah botak. walaupun beliau nampak alim dengan janggut beliau yang lebat tetapi kepala beliau yang tidak berambut menyebabkan ke'alim'an beliau terhijab. bukan kerna apa cuma gaya beliau ada iras iras ahli kumpulan rock yang memuja setan. tetapi botak tidak. beliau kerap ke surau jika tidak dihasut hanif basri untuk lepak bersama.

ok lagi sekali. bukan botak yang menjadi subjek cerita kali ini. ecstacy yang akan diceritakan ialah seorang lelaki yang sopan, baju masuk dalam, sikat rambut belah tengah juga berkasut hitam. pendek kata macam orang gomen la. beliau juga 1 batch dengan kami. masuk pun sebagai lepasan spm macam aku. tetapi dia tak join dengan geng kami orang. sebab? kami orangkan jahat dia baik geng dengan budak poket belakang kat tepi juga budak krs.

apa yang menjadi masalah? raut wajah beliau yang kelihatan murung, sedih seperti orang dah habis dos. orang yang bertanggungjawab menggelar dia ecstacy ialah yus. sejak bila tu aku tak ingat tapi setiap kali jumpa memang kami semua akan panggil dia dengan nama ecstacy. nama sebenar ecstacy aku tak ingat. rusdi kot?

maka terjadilah suatu kisah. sedang pulang dari pasar malam. hari rabu. sebagai penghuni wing jahat tidak sah jika kami tidak membuat kacau. dari 1 bilik ke 1 bilik kami ketuk. bilik mie kelantan, bilik mudin, amin & sabahan. bilik botak & ecstacy adalah bilik terakhir sebelum sampai ke area bilik kami orang. kiranya ia bilik terakhir yang akan kami buat kacau.

yus dengan perangai pelik beliau mengetuk pintu bilik tersebut sambil memekik nama ECSTACY! ECSTACY! ECSTACY! ecstacy pun keluar dan sound balik. "mak bapak aku bagi elok elok nama aku rusdi(agaknya). suka suka ko panggil aku ecstacy" yus meneruskan perangai pelik beliau dan menjawab " blah la ecstacy orang nak mesra sikit pun tak boleh"

walau kejadian tersebut sedikit sebanyak memberi impak kepada kami namun sehingga habis belajar kami tetap memanggil dia dengan nama ecstacy. terima kasih yus. haha

03 July 2011

[part time] solo

aku kene buat kerja pro comm 2 seorang diri.

aku tau aku hebat.

tak payah nak puji sangat.

01 July 2011

[politik] BERSIH 2.0 : POLIS DAN HAK-HAK ASAS ANDA

directly copying from http://wargamarhaen.blogspot.com/2011/06/bersih-20-polis-dan-hak-hak-asas-anda.html

1. APABILA DIBERHENTIKAN POLIS
memberikan Pernyataan 112. Jika tempat dan masa sesuai bagi anda, • Balai Polis di mana anda dibawa.

1.1
Tidak Berpakaian Seragam, Minta Pengenalan Diri
Jika beliau tidak berpakaian seragam, minta beliau tunjukkan
pengenalan diri. Katakan; “Sila tunjukkan Kad Kuasa Polis anda.”

1.2 Kad Kuasa Polis
Merah : Pegawai Polis yang digantung tugas. Beliau tiada
kuasa untuk melakukan apa-apa terhadap anda.
Anda boleh berlalu dari situ.
Lain-lain Warna :

• Biru : Berpangkat Inspektor dan ke atas.
• Kuning : Berpangkat lebih rendah daripada Inspektor.
• Putih : Polis Simpanan
Ambil perhatian nama dan nombor Kad Kuasanya.

1.3
Berpakaian seragam
Ambil perhatian nama dan nombor ID pada pakaian seragamnya.

1.4
Kenderaan Peronda Polis
Ambil perhatian nombor pendaftaran kereta atau motosikal peronda
berkenaan.

2. POLIS MENYOAL SIASAT ANDA SEMASA DIBERHENTIKAN
2.1
PengenaIan Diri
Hanya berikan nama, nombor kad pengenalan dan alamat anda.

2.2
Polis bertanyakan soalan-soalan lain
Tanya dengan sopan, "Adakah saya sedang ditangkap?"

2.3
Adakah anda sedang ditangkap
Anda sedang ditangkap jika Polis:

• menjawab "ya";
• tidak membenarkan anda berlalu/mahu membawa anda ke
Balai Polis; atau
• menggari anda.
Jika anda tidak ditangkap, anda boleh berlalu/menolak untuk
mengikutnya ke Balai Polis atau ke mana sahaja, jika diminta.
2.4
Bilakah anda tidak boleh ditangkap
Polis tidak boleh menangkap anda semata-mata kerana anda
berpotensi sebagai saksi dan mereka mahu mengambil pernyataan
daripada anda (Pernyataan 112/Saksi).

3. SOAL SIASAT OLEH PIHAK POLIS TANPA TANGKAPAN
3.1
Pernyataan 112
Semasa pihak Polis sedang menjalankan siasatan berhubung sesuatu
kes dan berpendapat anda mempunyai maklumat/pengetahuan
tentang kes tersebut, pihak Polis boleh menyoal siasat anda dan
mencatat semua jawapan anda (Pernyataan 112).

3.2
Permintaan Rasmi / Tidak Rasmi
Kebiasaannya, Polis membuat permintaan tidak rasmi supaya anda

anda boleh bekerjasama. Jika tidak, beritahu Polis anda akan
bekerjasama di tempat dan pada masa yang sesuai. Jika anda menolak
untuk bekerjasama, Polis boleh mengeluarkan arahan rasmi secara
bertulis, ditandatangani oleh seorang Pegawai Penyiasat (Pegawai Polis)
mengkehendaki anda untuk bekerjasama. Jika anda tidak mematuhi
Arahan Polis tersebut, anda tidak boleh ditangkap. Walau
bagaimanapun, ia adalah satu kesalahan dan pihak Polis boleh
memohon kepada Mahkamah untuk mengeluarkan satu waran terhadap
anda mendesak anda supaya bekerjasama.

3.3
Membuat Pernyataan 112
Semasa membuat Pernyataan 112, anda boleh menolak untuk
menjawab mana-mana soalan/berdiam diri jika jawapannya mungkin
mendedahkan anda kepada kesalahan jenayah.

• Bawa bersama anda buku catatan atau kertas tulis (Nota Peribadi).
• Catatkan dalam Nota Peribadi anda semua soalan yang ditanyakan.
• Pastikan bahawa anda faham setiap soalan yang ditanyakan.
• Ambil masa anda dan fikir dengan teliti sebelum menulis jawapan di
dalam Nota Peribadi anda.
• Bacakan jawapan anda kepada Pegawai Polis yang menyoal anda.
• Simpan Nota Peribadi anda sebagai rujukan di masa hadapan.
3.4
Menandatangani Pernyataan 112 anda
Sebelum menandatangani Pernyataan anda, baca dengan teliti semua
soalan dan jawapan anda yang ditulis oleh Pegawai Polis yang berkenaan.

• Bandingkan Pernyataan yang anda akan tandatangani dengan Nota
Peribadi anda.
• Anda berhak membuat pembetulan/pindaan ke atas Pernyataan
tersebut sebelum ditandatangani.
• Turunkan tandatangan betul-betul di bawah ayat terakhir
Pernyataan anda.
4. POLIS MENANGKAP ANDA
4.1
Tanya: "Mengapa saya ditangkap?"
Sesuatu tangkapan menjadi tidak sah jika anda tidak diberitahu alasan
tangkapan.

4.2
Jangan melawan semasa ditangkap
Polis mempunyai hak untuk menggunakan kekerasan yang munasabah
semasa menangkap anda jika anda melawan.

4.3
Tanya: "Balai Polis manakah saya akan dibawa?"
Pegawai Polis yang menjalankan tangkapan mestilah dengan segera
membawa anda ke Balai Polis yang berdekatan dan bukan sebaliknya.

4.4
Apa yang perlu anda lakukan apabila ditangkap
Anda mempunyai hak untuk membuat satu panggilan telefon kepada:

1. Keluarga atau rakan; dan/atau
2. Seorang peguam.
Anda juga bolah menghubungi Pusat Bantuan Guaman (LAC).
Maklumkan kepada mereka:

• yang anda telah ditangkap;
• masa, tempat dan alasan ditangkap;
4.5
Apa yang akan berlaku selepas ditangkap
Anda boleh ditahan sehingga 24 jam:

• Di Balai Polis, atau
• Di dalam lokap untuk "membantu" penyiasatan Polis.
5. HAK ANDA SELEPAS DITANGKAP DAN SEMASA DALAM TAHANAN
5.1
Hak untuk berunding dengan seorang peguam
Sebaik sahaja anda meminta kehadiran seorang peguam, anda
mempunyai hak untuk berunding dengan peguam berkenaan di Balai
Polis. Pihak Polis mestilah memberikan kemudahan-kemudahan yang
munasabah dan masa yang munasabah untuk anda berjumpa dan
berbincang dengan peguam berkenaan. Pihak Polis bagaimanapun
boleh menafikan hak ini, jika kelengahan dalam menyoalsiasat anda
boleh menyebabkan berlakunya jenayah lain atau menyebabkan
bahaya kepada pihak lain.

5.2
Pakaian
Anda dibenarkan mempunyai satu set pakaian bersama anda
semasa di dalam lokap.

5.3
Barangan peribadi
Pihak Polis mestilah merekodkan semua barangan peribadi anda dan
meletakkannya dalam simpanan selamat. Barangan peribadi anda
mesti dipulangkan kepada anda sebaik sahaja dibebaskan.

5.4
Kebajikan
Anda dibenarkan mandi dua kali sehari. Jika anda jatuh sakit, anda
berhak mendapat rawatan perubatan dengan serta-merta. Anda
sepatutnya diberikan makanan dan minuman yang wajar dan
secukupnya semasa dalam tahanan.

5.5
Berapa lamakah pihak Polis boleh menahan anda
Pihak Polis hanya boleh menahan anda sehingga 24 jam untuk
siasatan. Tugas Polis adalah untuk menyelesaikan penyiasatan
dalam masa 24 jam dan melepaskan anda dengan segera. Jika pihak
Polis tidak dapat menyelesaikan penyiasatan dalam tempoh 24 jam,
Polis mesti membawa anda ke hadapan seorang Majistret untuk
mendapatkan perintah reman untuk memanjangkan tempoh
penahanan anda melebihi 24 jam (Perintah Reman).

6. PERINTAH REMAN OLEH MAJISTRET SELEPAS 24 JAM
6.1
Siapakah Majistret
Majistret ialah seorang pegawai kehakiman yang mempunyai kuasa
untuk membuat Perintah Reman bagi menahan anda lebih daripada
24 jam.

6.2
Tujuan Perintah Reman
Untuk memberi lebih masa kepada Polis untuk melengkapkan
penyiasatan dan memutuskan sama ada terdapat bukti untuk
mendakwa anda atas satu-satu kesalahan. Pihak Polis tidak boleh
memohon Perintah Reman hanya untuk mengambil Pernyataan
daripada anda.


6.3
Berapa lamakah Perintah Reman
Apabila pihak Polis membawa anda ke hadapan seorang Majistret
untuk memohon Perintah Reman, pihak Polis perlu memberikan
alasan kepada Majistret mengapa anda perlu ditahan melebihi 24 jam.
Tugas Majistret adalah untuk menimbangkan secara berhati-hati
alasan-alasan yang diberikan oleh pihak Polis.

Majistret berkenaan mempunyai budi bicara:

• untuk tidak membenarkan Perintah Reman dan seterusnya
melepaskan anda; atau
• membenarkan Perintah Reman untuk satu tempoh yang lebih
pendek daripada yang dipohon oleh pihak Polis.
Seorang Majistret mempunyai kuasa untuk membenarkan Perintah
Reman tidak melebihi 4 hari atau 7 hari bergantung kepada jenis
kesalahan yang sedang disiasat.

Pihak Polis boleh memohon Perintah Reman kedua selepas tamatnya
Perintah Reman pertama. Majistret boleh membenarkan Perintah
Reman kedua untuk tempoh tidak melebihi 3 hari atau 7 hari
bergantung kepada jenis kesalahan yang sedang disiasat.

6.4
Apa yang perlu anda katakan ketika anda dibawa di hadapan
seorang Majistret untuk proses reman
Maklumkan kepada Majistret:

• anda mahu diwakili oleh seorang peguam dan anda mahu
menghubungi peguam, pusat bantuan guaman dan keluarga anda;
• jika anda mahukan rawatan perubatan kerana anda sakit atau
telah dipukul;
• jika pihak Polis telah mengugut atau memukul anda semasa
dalam tahanan;
• jika anda telah tidak diberikan makanan/minuman/pakaian atau
perubatan yang wajar dan mencukupi semasa dalam tahanan;
• sama ada pernah ditahan sebaik sebelum penahanan terkini anda;
• sama ada pihak Polis telah menjalankan apa-apa penyiasatan
semasa anda dalam tahanan.
6.5
Mohon supaya Majistret memberikan Perintah Reman yang singkat
Sebelum Majistret berkenaan membuat Perintah Reman, mohon
tempoh reman yang lebih singkat daripada yang dipohon oleh pihak
Polis. Beri alasan (sebagai contohnya: "saya akan bekerjasama
dengan polis dalam siasatan mereka", "saya boleh dihubungi bila-bila
masa dan tidak akan melarikan diri" dll).

7. PEMERIKSAAN BADAN TANPA TANGKAPAN
7.1
Bilakah ianya boleh dilakukan
Jika anda berada di satu-satu tempat (contohnya: disko/karaoke/
pusat-pusat hiburan) di mana Polis menjalankan serbuan untuk
mencari sesuatu (contohnya: dadah), pihak Polis boleh menahan dan
memeriksa anda jika mereka berpendapat anda mempunyai atau
sedang menyembunyikan barang yang sedang dicari itu.

Ini hanya boleh dilakukan dengan kehadiran seorang Pegawai Polis
berpangkat Inspektor dan ke atas.

7.2
Apa yang perlu dilakukan
• Jangan benarkan Pegawai Polis berkenaan memasukkan tangannya
ke dalam pakaian anda atau kocek/saku anda.
• Jika anda diminta untuk mengeluarkan barangan peribadi anda satu
persatu, setiap kali sebut "dompet", "kunci", "Kad Pengenalan" dll.
• Apabila kocek/saku/beg anda telah dikosongkan, terbalikkan kocek/
saku/beg anda.
7.3
Hak-hak anda
• Semua pemeriksaan badan mestilah dijalankan secara profesional
dan sopan.
• Seorang wanita hanya boleh diperiksa badannya oleh seorang
Pegawai Polis wanita.
• Jika anda dipaksa/diugut untuk berbogel:
1. Bantah;
2. Ingat nama Pegawai Polis tersebut; dan
3. Buat laporan Polis selepas insiden tersebut.
8. PEMERIKSAAN BADAN SELEPAS TANGKAPAN BERLAKU
8.1
Bila Polis boleh berbuat demikian
• Polis secara munasabah mengesyaki bahawa anda mempunyai
bukti/keterangan berhubung kesalahan yang disyaki.
• Anda ditangkap.
• Pemeriksaan badan mestilah dijalankan di tempat tertutup. Anda
mempunyai hak untuk diperiksa badan di tempat tertutup.
8.2
Jenis-jenis Pemeriksaan Badan
Undang-undang membenarkan Polis melakukan 4 jenis
pemeriksaan badan:


1.
Pemeriksaan secara menepuk badan dari atas ke bawah
-pemeriksaan pakaian luaran.
2.
Pemeriksaan tanpa pakaian -untuk mencari bukti, objek, barang
terlarang atau senjata. Hanya boleh dijalankan dengan kebenaran
seorang pegawai berpangkat Inspektor dan ke atas.
3.
Pemeriksaan sulit -selain daripada mencari di dalam mulut, hidung
and telinga. Hanya boleh dijalankan dengan kebenaran pegawai
berpangkat Penolong Penguasa (ASP) dan ke atas.
4.
Pemeriksaan dalaman -untuk menentukan kewujudan objek-objek
dll. di dalam badan. Hanya boleh dijalankan dengan kebenaran
Ketua Polis Daerah (OCPD). Hendaklah dijalankan oleh seorang
Pegawai Perubatan atau Pegawai Perubatan Kerajaan.
8.3
Hak anda
• Semua pemeriksaan badan mesti dijalankan secara profesional dan
sopan.
• Anda dinasihatkan supaya meminta ditemani oleh peguam anda
semasa pemeriksaan dilakukan.
• Seorang wanita hanya boleh diperiksa badannya oleh seorang
Pegawai Polis wanita.
9. SOAL-SIASAT OLEH POLIS SELEPAS DITANGKAP
9.1
Kenal pasti Pegawai Polis yang menyoal siasat anda
Ambil perhatian nama/pangkat Pegawai Polis yang menyoal siasat anda.

9.2
Hak anda untuk berdiam diri
Polis lazimnya akan beramah mesra terlebih dahulu (contohnya:
bertanyakan tentang keluarga dan rakan-rakan anda dll.) Anda hanya
perlu memberikan nama penuh, umur, alamat dan pekerjaan anda
(Maklumat-Maklumat Peribadi). Selain Maklumat-Maklumat Peribadi,
anda berhak memilih untuk berdiam diri. Anda harus bersopan. Anda
tidak perlu takut untuk berdiam diri. Ini adalah hak anda. Jika anda
memilih untuk berdiam diri, katakan, "Saya ingin menggunakan hak
saya untuk berdiam diri."

9.3
Pernyataan 112 anda semasa dalam penyiasatan
Pihak Polis akan bertanyakan soalan-soalan kepada anda dan
kemudian mencatatkan semua jawapan anda. Polis tidak boleh
mengugut atau memaksa anda untuk memberi Pernyataan. Jika anda
diugut, dipukul atau dipaksa, buat satu laporan Polis terhadap
Pegawai Polis berkenaan dengan segera. Ini adalah hak anda.

9.4
Pernyataan 112 tidak boleh digunakan sebagai keterangan/bukti
Secara amnya, apa jua Pernyataan yang anda buat kepada Polis
semasa soal-siasat tidak boleh digunakan sebagai keterangan/bukti
kecuali jika anda dituduh atas kesalahan-kesalahan di bawah,
sebagai contoh, Akta Dadah Berbahaya, Akta Culik dan Akta
Keselamatan Dalam Negeri. Walau bagaimanapun anda boleh
menggunakan Pernyataan anda untuk menyokong pembelaan anda
semasa perbicaraan.


POLIS DAN HAK-HAK ASAS ANDA

Diterbitkan dengan kerjasama TANGKAP
(Tindakan Anti PenyalahGunaan KuAsa Polis)

www.malaysianbar.org.my

PUSAT BANTUAN GUAMAN / LEGAL AID CENTRES (LAC)


Kuala Lumpur : 03-2691 3005 / 03-2693 2072

Selangor : 03-5510 7007 / 03-3281 2428

Negeri Sembilan : 06-6013 844

Melaka : 06-2845 519 / 06-2864 514

Johor : 07-2235 698

Perak : 05-2550 523

Kedah & Perlis : 04-7333 467

Kelantan : 04-7448 660

Pahang : 09-5159 244 / 09-2969 410

Pulau Pinang : 04-2617 451/ 04-3108 451

27 June 2011

[sekolah] insaf

dulu masa sekolah tingkatan 5 hujung tahun sebelum spm kami 1 kelas di wajibkan pergi kursus motivasi. lokasi di sabak bernam. ILDAS ko nama tempat tu.

masa pergi tu yang perempuan sibuk bukak lagu lagu nashid. masa ni nashid jiwang tengah popular. sebagai orang orang jahat aku kene kekalkan kejahatan aku dan tidak terpengaruh dengan unsur unsur nashid yang cuba di sebarkan oleh para perempuan.

orang jahat mestilah duduk belakang sekali kan. aku dengan dett masa tu kitorang berdua memekak lagu 'rape me' dari nirvana. haha ada juga yang menjeling tapi aku peduli apa.

kat ildas kitorang tinggal 2 malam. macam macam peristiwa berlaku. ada budak hilang dompet lah. bergaduh dengan budak sekolah lain lah. budak budak sekolah lain tu tak kenal sekolah kitorang rupanya. bodoh.

sebelum balik ada 1 sesi yang betul betul tacing. aku benda benda tacing ni sensitiv siket. adalah budak yang mengalir air mata tapi aku tak hampir hampir je lah. haha

masa dalam bas on the way balik dett cakap kat aku. 'ko ni tak reti insaf ke?' bila aku mintak dia bawak keluar kaset nirvana. kene aku sebijik. celaka dett.

tapi selepas 2 minggu di brainwash di ildas kami jadi lebih menusia dari sebelumnya. lepas 2 minggu kami orang kembali menyetan. haha

26 June 2011

[hidup] aktiviti semasa v2.0

beberapa benda yang nak diberitahu umum

1.   sudah 1 minggu sejak kehilangan laptop. hidup menjadi bosan. tapi ada kebaikannya. aku dapat membaca buku. sudah hampir separuh buku bahasa penjajah aku habis baca.

2.   puasa dah nak dekat. amin macam ada idea nak niaga. aku tau air je. aku tunggu taca dapatkan resepi karipap besar dari taiping. lokasi? pacak mana manalah nanti.

3.   zul ajak jual barang. memang budak budak nak bende ni. tapi masalah sekarang kalau nak tontong modal pun dalam 2k sorang. mana nak cekau

4.   aku patut kene bayar kolej 2k bulan ni tapi aku ade 8ringgit je.

5.   aku masih berharap siapa siapa yang jumpa laptop aku tu pulangkan lah. banyak barang dalam tu.
.
6.   kalau tak jumpa pun laptop tu kalau ada siapa siap nak bagi aku laptop pun aku terima.

7.   bila kita nak start kapel??

20 June 2011

[makan] megi

megi bukan kegemaran aku. kalau terdesak atau malas nak pegi kedai barulah ia menjadi option untuk aku. 

scene megi adalah scene yang paling best buat budak budak asrama. tak kiralah kepada yang bersekolah menengah atau di universiti. aku ingat lagi adik aku masa duduk kat asrama kg pandan. sekali beli megi macam nak buat kenduri. masa aku mula masuk bmi pun lebih kurang jugak. aku beli 4 bundle megi. disebabkan aku kurang into scene megi maka megi aku bertahan sehingga 4 bulan tu pun pasal budak budak dapat tahu aku ada simpan megi. bilik aku dah tentu bukan port.

masuk sem 2 sem 3 aku mula into scene megi ni. itu pun pasal beso yang pengaruh. scene megi pada beso adalah scene yang wajib. dia kalau sekali beli macam dah taknak makan benda lain. ada sekali tu dia beli 1 kotak. memang dewa megi lah beso ni. disebabkan kitorang ni jahat maka megi beso selalu menjadi mangsa. dia letak megi dalam almari. bukan megi saja. macam macam makanan lagilah. coklat ada. biskut ada. kami orang panggil almari beso sebagai peti ais.

lepas kene ceroboh beso tak tau pun sebab kuantiti yang ada dalam peti ais tu sangat banyak. tapi sekali dia tau amek kau dia punya muncung. pagi sampai esok pagi. kami orang pedulik apa kan. orang yang biasa menceroboh ialah boboi dan zaim. aku tak menceroboh. kalau aku nak aku mintak je. beso mana berani dengan aku. hahaha

lepas habis hnd aku kerja la pulak. scene megi langsung takda dalam diari aku. sampai lah tadi. sebab kedai makan kat bawah rumah ni tutup aku terpaksa beli megi. 

aku ingat lagi last aku beli megi tomyam harga dia 60sen. aku tak ingat bile. tadi aku beli sebungkus harganya singgit. sejak bila scene megi jadi kapitalis ni??

[part time] kerja sekolah

aku takda laptop...

chapter II pro-comm dah siap...

amacam???

aku memang power ...

[hidup] online

aku rasa tak best je dunia ni bila laptop aku dah kene curi. terasa macam hidup di zaman awal 2000 dimana aku hanya ke cc untuk melayari internet. masa tu internet mahal. ade cc yang charge sampai rm5 sejam. tapi sekarang yang rm1.50 pun ada.

bila laptop aku hilang maka aku patah kaki. aku tak tau nak buat ape. dalam tu lah segala kerja kerja aku. kerja sekolah. kerja kerja. gambar gambar gadis. gambar gambar kawan. filem. lagu. belu. macam macam lah ada dalam tu.

ni aku guna laptop adam. dia kerja hari ni. aku nak pergi balai kejap lagi nak setelkan repot. susah hati betul lah bila tak da laptop ni. aku nak buat kerja pun tak boleh.

sapa sapa ada jumpa laptop aku sila halo dengan kadar segera. sapa ada jumpa beg NIOSH kaler merah. itulah beg aku. tapi lu orang jangan stret pukul mamat yang pakai beg NIOSH tu. manalah tau kot kot dia pun ada buat kursus kat sane gak kan. haha.

19 June 2011

[part time] internet

malam tadi lepak cc kat setiawangsa. sekarang guna laptop bucuk pulak. tak tahu bila ade peluang lagi lepas ni. harap adalah yang sudi menderma laptop kat aku.

keh keh keh

18 June 2011

[hidup] sepi

sudah 8 jam laptop hilang.
rasa dunia tak sempurna.
tiadakah yang simpati?
menderma laptop buat ku?

perlu untuk berhubung...
perlu untuk bekerja...
perlu untuk belajar...
perlu untuk mencari maklumat...
perlu untuk menyampai maklumat...

sori amin...
pasal wa...lu punya kereta di pecah...