Showing posts with label politikus. Show all posts
Showing posts with label politikus. Show all posts

26 April 2012

BACA INI DULU SEBELUM KE DATARAN MERDEKA



Perhimpunan Bersih 3.0 pada 28 April 2012, 2 petang di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur.

BERSIH 3.0 DUDUK BANTAH 
Tuntutan Bersih 2.0 :
1. BERSIH kan Senarai Undi (Daftar Pemilih)
2. Reformasikan Undi Pos
3. Gunakan Dakwat Kekal
4. Akses Media Yang Bebas & Adil
5. Tempoh Berkempen Minima 21 Hari
6. Kukuhkan Institusi Awam
7. Hentikan Rasuah
8. Hentikan Politik Kotor

YANG BOLEH DI BAWA:
1. Kad pengenalan, lesen memandu, satu kad ATM sahaja.
2. Duit-maksimum RM100 sahaja.
3. Memakai pakaian yang sopan-T-shirt /baju berwarna Kuning.Sebaiknya ada logo Bersih 3.0
4. Setiap peserta diwajibkan memakai kasut.
5. Aksesori kempen-Button, kopiah, arm band, bendera kecil, banner dan placard yang ada Logo atau Slogan Bersih 3.0 / Bersihkan Pilihanraya/Tunaikan 8 Tuntutan SAHAJA boleh digunakan.
6. Bendera Malaysia atau negeri masing-masing.
7. Air mineral, sedikit makanan ringan atau gula-gula.
8. Sedikit garam-ia penting dan boleh dimakan sedikit (bukan sapu dimuka) bagi mengembalikan tenaga terutamanya jika Pihak Polis sembur air dari Water Canon atau Gas pemedih mata.
9. Kain tuala kecil basah untuk tutup mata dan hidung untuk elak terkena gas pemedih mata.
10. Digalakkan memakai penutup mulut dan hidung jenis *N100 Respirator, N95 Respirator *dan* Surgical facemask* untuk mengelak penularan wabak Influenza H1N1 dan juga menghindarkan sedutan gas pemedih mata yang melampau.
11. Jika anda mempunyai asma atau alahan sila bawa inhaler atau ubat sendiri.
12. Sila bawa beg plastik sampah kecil bagi mengelakkan anda membuang sampah merata-rata.
13. Sila bawa pen dan kertas (mini note pad) bagi mencatat nama dan no. pengenalan Polis atau perkara-perkara yang mencurigakan.
14. Jangan lupa bawa kamera, video cam atau handphone berkamera bagi merakamkan suasana himpunan - gambar-gambar atau klip video boleh dihantar kepada kami selepas himpunan di email Setiausaha Bersih 3.0.

JANGAN BAWA
1. Jangan bawa kad matrik pelajar bagi student atau pass kakitangan bagi pekerja Kerajaan dan Swasta.
2. Jangan bawa terlalu banyak wang atau kad kredit untuk elakkan penyeluk saku, tercicir atau hilang semasa perhimpunan atau ditahan.
3. Jangan memakai selipar, kasut tumit tinggi atau sandal yang menghalang pergerakkan.
4. Jangan memakai kain atau skirt, digalakkan memakai seluar.
5. Jangan memakai barang kemas atau aksesori yang tiada kaitan dengan tuntutan Bersih 3.0 / Bersihkan Pilihanraya.
6. Jangan bawa sebarang banner, placard, bendera yang melambangkan logo parti dan organisasi.
7. Sebarang slogan yang tiada kaitan dengan tuntutan Bersih 3.0 tidak dibenarkan.
8. Jangan bawa sebarang benda tajam kecuali pen.
9. Jangan bawa bahan-bahan yang boleh meletup atau mudah terbakar seperti, mancis, molotov cocktail dan mercun.
10. Tidak dibenarkan merokok semasa perhimpunan kerana akan menganggu orang lain.
11. Jangan bawa sebarang senjata seperti kayu, besi, rantai besi, pistol dan yang merbahaya.
12. Bagi yang membawa anak-anak, anda tidak dibenarkan membawa permainan yang berupa seperti senjata seperti pistol, senapang atau pisau mainan.
13. Jangan bawa anak-anak yang berumur 10 tahun ke bawah bagi mengelakkan sebarang masalah. 

LAKU KAN INI SEBELUM DATANG
1. Servis kenderaan dan periksa peralatan yang perlu dibawa.
2. Jangan makan atau minum terlalu banyak sebelum perhimpunan.
3. Pastikan anda telah mengunci rumah atau meninggalkan pesanan-pesanan penting kepada keluarga atau jiran anda yang tidak pergi perhimpunan.
4. Maklumkan mereka tujuan anda keluar.
5. Maklumkan mereka nombor telefon sahabat lain yang bersama anda jika handphone anda tidak dapat dihubungi nanti.
6. Jangan lupa *charge*bateri handphone dan kamera.
7. Pastikan anda tahu arah tuju anda iaitu tempat berkumpul yang ditetapkan –Dataran Merdeka.
8. Pastikan anda datang awal untuk elakkan kesesakan jalan raya atau terpaksa berbaris panjang untuk beli tiket tren LRT atau Komuter.
9. Datang secara berkumpulan, jangan bersendirian.
10. Sekiranya perjalanan anda dihalang dari memasuki pusat bandar anda boleh meletakkan kenderaan dan berjalan kaki ke Dataran Merdeka 
11. Jangan memakai baju Bersih 3.0 sebelum perhimpunan bermula. 


LAKUKAN INI SEMASA BERARAK

1. Berkumpul di tempat pertemuan yang ditetapkan di Dataran Merdeka dan tunggu arahan dari *Field Commander* yang dilantik
2. Ikutilah arahan dari Unit Amal atau *Field Commander* sepanjang program. Jangan pedulikan arahan lain tanpa merujuk kepada *Field Commander*
3. Jangan berganjak dari tempat perhimpunan melainkan dengan arahan *Field Commander*.
4. Laporkan pada Unit Amal bertugas jika terlihat sesuatu yang mencurigakan.
5. Jangan tolak menolak sepanjang perhimpunan dan perarakan.
6. Elakkan mencerca, memaki hamun atau menunjukkan isyarat lucah semasa perhimpunan berlaku.
7. Raikan perhimpunan ini dengan aman dan harmoni.
8. Pastikan anda memberikan keutamaan laluan kepada kenderaan yang lalu lalang dan tidak melintas sesuka hati dijalanraya.
9. Pastikan anda memberikan keutamaan, membantu dan melindungi warga emas, orang kurang upaya atau kanak-kanak yang hadir bersama.
10. Maklumkan sahabat anda jika anda ingin keluar dari perhimpunan disebabkan hal kecemasan atau kerana ingin ke tandas bagi mengelakan masalah lain.
11. Pastikan anda tidak bersembang semasa pimpinan berucap kerana kemungkinan bunyi *sound system* akan tenggelam dengan suara ratusan ribu peserta.
12. Ikutilah laungan pimpinan jika perlu.
13. Pegang bendera Malaysia atau negeri anda sepanjang perarakan.
14. Jangan buang sampah merata-rata sepanjang perhimpunan. Masukan dalam beg plastik yang anda bawa.
15. Rakamkan suasana himpunan - gambar-gambar atau klip video boleh dihantar kepada kami selepas himpunan di email / talipon: Setiausaha Bersih 3.0.
16. Kalau boleh rakamkan sekali wajah-wajah polis yang bertugas atau tragedi-tragedi penting seperti keganasan atau provokasi Polis jika ada. 


SESUDAH BERHIMPUN

1. Pastikan anda bersurai secara perlahan-lahan dan dengan aman selepas diberikan arahan bersurai.
2. Pastikan sahabat atau saudara dan anak-anak anda ada bersama selepas perhimpunan. Jika tiada, sila laporkan kepada Setiausaha Bersih 3.0.
3. Jika ada sahabat atau saudara anda ditahan, jangan terus balik. 
Dapatkan maklumat dari Setiausaha Bersih 3.0.
4. Jangan tinggalkan apa-apa sampah ditempat perhimpunan. Pastikan semuanya dibuang ke tong sampah atau dibawa balik dan dibuang dirumah.
5. Berikan ucapan terima kasih kepada pasukan Keselamatan bertugas jika perhimpunan berjalan lancar.
6. Jangan lupa sebarkan gambar dan berita perhimpunan kepada semua sahabat-sahabat terutamanya yang tidak hadir. Segala info dan maklumat bolehlah diemailkan kepada kami di email Setiausaha Bersih 3.0.

JANGAN TERPEANGKAP DENGAN PROVOKASI
1. Jangan pedulikan mereka, diam dan teruskan mengikut arahan *Field Commander* Unit Amal.
2. Jangan menyahut provokasi mereka, jangan baling apa-apa, jangan tunjukkan isyarat apa-apa pada mereka. Anggap mereka tidak wujud pada hari berkenaan.
3. Jangan hampiri mereka.
4. Jika mereka bertindak agreasif secara tiba-tiba, tahan, jangan pukul tetapi serahkan mereka pada pihak Polis.
5. Jangan lupa buat laporan Polis terhadap mereka jika anda dicederakan atau diganggu.
6. Buat rakaman wajah-wajah mereka jika perlu. 

BILA POLIS MENYERANG
1. Jangan lari atau keluar dari perhimpunan melainkan dengan arahan pimpinan, anda akan mudah ditangkap jika keluar dahulu.
2. Jangan bersendirian, pastikan anda bergandingan tangan dan berdiri rapat-rapat bila polis acah nak buat serbuan atau tembakan water canon.
3. Duduk jika pimpinan arahkan.
4. Basahkan tuala anda dengan sedikit air, dan tekup dimuka bila gas pemedih mata dilepaskan. Basuh muka anda dengan air dan makan sedikit garam jika terkena air *water canon* berwarna kuning.
5. Jangan melawan atau cuba bertikam lidah dengan polis bila mereka provoke…hanya diamkan diri.
6. Ambil gambar mereka jika sempat.
7. Buat laporan Polis jika anda dikasari.

APABILA DISOAL OLEH POLIS
1. PengenaIan Anda
2. Anda cuma perlu berikan nama, kad pengenalan danalamat sahaja.
3. Seandainya ditanya soalan-soaian lain: Anda boleh bertanya, "Adakah saya ditahan? "

BILAKAH ANDA DITAHAN
4. Anda ditahan apabila anggota polis itu
• menjawab "ya" pada soalan di atas
• beliau tidak membenarkan andameninggalkantempat tersebut atau ingin membawa andake balai polisapabila anda digari

5. Jika anda tidak ditahan anda boleh berlepas daritempat tersebut atau enggan mematuhi arahanbeliau untuk ke balai polis atau tempat lain jikadiarahkan.

BILAKAH ANDA TIDAK BOLEH DITAHAN
6. Polis tidak boleh menahan anda semata-mata keranaanda berkemungkinan menjadi seorang saksi danpolis ingin mengambil kenyataan saksi daripadaanda (Kenyataan saksi/112).

BILA BEBAS
1. Pastikan semua barang-barang anda dikembalikan oleh Polis.
2. Buat pemeriksaan kesihatan jika ada kecederaan.
3. Buat laporan Polis jika anda dikasari semasa perhimpunan atau semasa ditahan.
4. Ceritakan dan rakamkan pada peguam dan media jika anda dianiaya polis.
5. Jangan lupa catatkan semua yang anda ingat bila balik ke rumah untuk memudahkan anda mengingatinya bila dibawa ke Mahkamah kelak.
6. Pastikan anda ingat dan ambil nombor perhubungan orang yang jamin anda dan juga peguam yang terlibat.
7. Serahkan pada peguam segala maklumat dan gambar yang anda ada tentang himpunan bagi memudahkan pembelaan.
8. Jangan lupa solat sunnat syukur selepas dibebaskan dan kembalilah bertemu dengan sahabat-sahabat seperjuangan.
9. Jangan menyepi dari perjuangan selepas melalui pengalaman ditangkap kerana itu secara semulajadi akan menyebabkan motivasi anda akan menjadi lemah dan anda akan rasa keseorangan.
10. Teruskan perjuangan bersama sahabat-sahabat lain.
11. Sesungguhnya anda akan rasa lebih hebat dan berani lagi selepas ditangkap kerana tidak semua orang berpeluang merasai apa yang anda lalui ketika ditahan. 

PERHATIAN
1. Pihak kami tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kesalahan atau pelanggaran undang-undang yang tidak ada kena mengena dengan perhimpunan ini.
2. Pihak kami tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang provokasi atau tindakan ganas yang dilakukan oleh mana-mana pihak secara berkumpulan atau individu.
3. Pihak kami tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kecederaan yang disebabkan oleh kecuaian atau tindakan diluarkan arahan penganjur.
4. Pihak kami tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang penangkapan yang dibuat kerana pergaduhan atau aktiviti agreasif yang tiada kaitan dengan arahan himpunan ini 

Secara keseluruhannya, kita berharap Perhimpunan ini dapat berjalan lancar tanpa adanya sebarang masalah atau tangkapan. 

Kita berharap agar dengan sedikit usaha dan kehadiran kita ini akan dapat memberikan kesedaran kepada pihak SPR dan kerajaan persekutuan mempergunakan kuasa yang ada untuk memperbaiki kelemahan sistem perundangan dan proces implementasi negara kita. 

Ingat, Perhimpunan Bersih berjaya pada10 November 2007 dan 9 Julai 2011kerana kesungguhan rakyat. Maka, kini adalah masa untuk kita berjuang bersama untuk mereformasikan pilihanraya, mengkukuhkan berbadanan institusi dan hentikan korupsi. 

Ingatlah, peristiwa ini adalah peluang untuk anda sekali seumur hidup dan ianya akan kekal menjadi sejarah yang akan menjadi sebutan kepada anak cucu kita. Jangan lepaskan peluang untuk menjadi sebahagian dari sejarah ini.

15 October 2011

[politik] anak muda

Memperlekehkan anak muda
Oleh Amaluddin Zhafir

“Generasi muda perlu diperlengkap dengan latihan dan kemahiran bagi mempastikan peranan mereka dalam pembangunan negara… Potensi setiap golongan ini mestilah digembleng dan dioptimumkan, idealisme mereka mesti digilap, kreativiti mesti dipupuk dan bakat mereka dibajai untuk terus berkarya.” – Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dalam pembentangan Bajet 2012 pada 7 Oktober 2011.
“‘Gembleng. Optimum. Perlengkapkan. Setiap golongan. Gilap. Pupuk. Mesti.’ Ayat-ayat ni aku saspek ada bau-bau komunis ja…” kata seorang penganggur kepada penulis, ketika mendengar ucapan Najib yang disiarkan secara langsung melalui kaca TV di sebuah restoran di ibu kota.

Sementara seorang rakan yang satu lagi pula memberi respon, apa yang dikatakan Najib hanyalah sebagai “janji pilihan raya, ayat-ayat politik.” Tepat dan padu analisa mereka.
Anak muda ditolak ke tepi
Realitinya, begitulah andaian kasar golongan muda terhadap apa yang cuba Presiden UMNO itu mahu laksanakan melalui Bajet 2012 itu – kosong, tidak memberi apa-apa makna.
Dengan menolak ke tepi golongan idealis muda yang masih terawang antara idealisme dan realiti, rata-rata golongan muda yang datang dari pelbagai latar, pengumuman Najib itu hanyalah ungkapan ‘trying hard’ untuk menyedapkan hati rakyat Malaysia. Dan secara tidak langsung memperlekehkan golongan muda.
Bolehlah beliau berkata begitu, hasil Bajet-nya itu jelas untuk jangka masa pendek sahaja, dengan pemberian ‘sekali jalan’ yang nyatanya adalah untuk menarik undi secepat mungkin, sebelum rakyat lupa akan janjinya itu.
Dengan modal kononnya mahu membangunkan golongan belia, lalu dihamburkan wang ringgit, dibangunkan pula syarikat-syarikat bekepentingan kerajaan dan swasta dengan jutaan ringgit – yang belum tentu ada akauntabiliti dan ketelusan – untuk “pembangunan sistem pendidikan yang dapat melahirkan tenaga kerja berbakat, berkemahiran tinggi, mempunyai daya kreativiti serta berinovatif.”
Benar, setiap sebahagian besar kerajaan dalam dunia, dengan memetik kata Najib, “prihatin terhadap suara dan nurani orang muda.”
Begitu pun, tahap ‘keprihatinan’ Najib itu, tidak pula menampakkan ciri-ciri keperihatinannya terutamanya bagi golongan muda luar bandar, yang mungkin ketika rencana ini ditulis, sedang sibuk dengan aktiviti merempit, menghisap dadah, dan pelbagai lagi masalah sosial.
Tetapi punca terjadinya masalah ekonomi dan sosial golongan muda, jauh dari itu. Ia sangat berkait rapat dengan pembentukan dan pembangunan ilmu yang selama ini tertutup rapat.
Kuncinya di sini ialah kebebasan berfikir, untuk menggapai ilmu dan pemahaman yang jitu, bagi golongan muda. Inilah yang diabaikan BN sejak 54 tahun ini.
Jika Isaac Newton dilarang meluahkan idea kepada guru dan rakan sekolah, jika dia asyik terperap di bilik dan tidak bebas untuk berjalan menenangkan diri di bawah pokok epal, mungkin tiada kedengaran tentang graviti.
Jika Albert Einstein dikongkong daripada berhujah di sekolah, di university atau di mana sahaja kerana tiada tauliah, tentu dia tidak dapat menghasilkan teori relativitinya yang telah mengubah persepsi manusia terhadap ruang, masa dan gravity.
Najib yang ‘jauh ke hadapan’ masih mahu membawa rakyat Malaysia berhampiran lohong gelap di mana anak muda hanya dibenarkan menghafal dan dilarang bertanya serta berhujah mempersoalkan ‘tradisi’ kerana semua itu akan membawa kepada falsafah – dan falsafah itu dianggap oleh para pemimpin negara sebagai sesuatu yang menyesatkan, tidak berfaedah dan tidak membangun.
Garang anak muda, bila dewasa sama saja

Tiada kata seindah bahasa, tetapi bermadah sahaja tidak ada manfaatnya apabila Najib dan para Perdana Menteri sebelum ini memekakkan telinga dari jeritan garang golongan idealis muda Malaysia.
Apabila kebebasan untuk berpolitik, menubuhkan kelab-kelab yang berorientasikan idealisme dan falsafah dalam kampus dihalang untuk mekar kerana Akta Universiti dan Kolej Universiti, anak muda terus mandom.
Bagaimana pun, dalam ‘kegarangan’ golongan muda berjuang menuntut pemansuhan AUKU, tidak pula terdengar desakan dari pejuang pelajar ini untuk mendesak menuntut kebebasan akademik secara total – yakni menuntut subjek-subjek penting diwujudkan, contohnya pengajaran falsafah, perbandingan ideologi, antara agama, kesaksamaan gender, dan banyak lagi di tempat pengajian mereka.
Ini juga kesan ‘kejayaan’ AUKU yang bukan sahaja menyekat aktivisme mahasiswa tetapi juga menutup minda mereka, termasuk yang mengaku menjadi pejuang pelajar.
Kerana itu, apabila mereka menjadi graduan dan menjejak alam dewasa, politik mereka kekal terbatas kepada agama dan kaum, selain politik carma.
Jika Najib jujur prihatin terhadap nasib golongan muda yang selama 54 tahun ini dikongkong oleh partinya sendiri, beranikah beliau untuk ‘memandibungakan’ sistem pendidikan?
Memang tepat apa yang dikatakan Ketua Parlimen DAP Lim Kit Siang, “Bajet BN itu dicipta untuk memenangi pilihan raya akan datang, bukan untuk mereformasi dan mentransformasi sistem negara ini.”
UMNO dan BN sudah kering idea untuk mengubah segala ‘kekotoran’ yang dihasilkan mereka selama ini.
Bagi menutup bangkai gajah, Najib berniat pula mahu menubuhkan MyCreative Venture Capital, kononnya sebagai projek perintis ‘membangunkan belia’ dan memberi bantuan kepada golongan muda yang mempunyai idea kreatif.
Dengan modal ini, menurut kefahaman penulis, agaknya hasrat kerajaan untuk melahirkan lebih ramai Steve Jobs dan Bill Gates, masing-masing pengasas Apple dan Microsoft.
Kebebasan melahirkan kreativiti melahirkan kejayaan
Sedarkah Najib bahawa kebebasan yang ada dalam masyarakat di mana Newton dan Einsten (yang agak terkongkong pada masa itu) dan Bill Gates serta Steve Jobs (yang amat luas terbuka ruang kebebasannya) banyak membantu mereka menterjemahkan idealisme kepada teori, amalan dan produk?
Harapnya Najib sedar, jenis-jenis manusia pencipta dan saintis yang disebutnya dalam Bajet 2012 BN itu sebenarnya adalah produk dari sistem demokrasi yang bebas di mana kebebasan berfikir yang muncul dari kebebasan akademik dan peluang sama rata tanpa kuota.
Atau adakah secara halusnya, dengan memperbanyakkan syarikat-syarikat yang dikuasai kerajaan untuk ‘membantu’ golongan muda ini, Najib sebenarnya mahu melahirkan belia-belia yang bergantung harap pada subsidi kerajaan atau kontrak?
Ini tidak dapat dijangkakan, tetapi mengikut rekod rasuah, ketirisan, ketidaktelusan dan salah guna kuasa BN selama ini, adalah tidak salah untuk mencurigai niat halus Najib itu.
Yang paling aneh, walau tak sepelik mana, tiada pula mahu BN mencermin diri bersama Majlis Profesor Negara dan berfikir untuk memperbaharui sistem pendidikan Malaysia sedalam-dalamnya.
Meminjam kata-kata Presiden UMNO dalam Bajet 2012 itu, “Ilmu pengetahuan adalah tonggak kepada pembikinan sesebuah tamadun dan pelapik asas bagi mencapai kecemerlangan.”
Apakah ketam cuba mengajar anaknya berjalan betul?
Justeru, adalah mudah jika mahu memupuk dan membajai ilmu pengetahuan dengan memperkemas, memperbaiki corek camping sistem pendidikan, sebelum pergi jauh memberi modal kepada belia yang dianggap kreatif sahaja melalui syarikat-syarikat yang bakal tumbuh bak cendawan selepas hujan nanti.
Maksudnya, sistem pendidikan kekal tempang manakala sistem mengemis projek dan kontrak akan berterusan. Anak-anak muda pula terus kehilangan arah kerana kreativiti gagal muncul tanpa kebebasan berfikir, bersuara dan berekspresi.
Hanya peruntukan wang tanpa membebaskan cengkaman minda
Berkaitan dengan agenda BN memantapkan pembangunan pendidikan, Najib selaku Menteri Kewangan mengumumkan RM50.2 bilion akan diperuntukkan bagi sektor pendidikan dengan menyebut RM1.9 bilion akan diberikan kepada semua jenis sekolah.
Pun begitu, bunyinya tetap indah, gorengan bahasanya hasil karya penulis skrip Bajet 2012 sangat memukau. Memukau hanya untuk mereka yang dahagakan projek, dan mereka yang lembam dalam memahami maksud tersirat sebenar BN – mereka lebih utamakan pemberian wang ringgit berbanding pembangunan masyarakat madani yang benar-benar bebas dari cengkaman kerajaan yang tidak telus dan tidak menghargai kebebasan.
Benar seperti apa yang disebutkan rakan penulis sewaktu di restoran pada 7 Oktober lalu bahawa kata-kata Najib itu bersifat komunis dengan menawarkan kebajikan bersyuarat (tunduk kepada pemerintah) dan dalam masa sama merobotkan rakyat.
Setiap kali bajet atau peruntukan, hanya wang untuk mengekalkan apa yang ada. Kurikulum atau sukatan pendidikan masih di takok lama. Kalau sudah diubah kerajaan, ia sekadar menulis semula sejarah mengikut agenda politik.
Jika sistem pendidikan yang bebas, adil dan terbuka serta peluang sama rata mengikut merit dapat dijadikan budaya, bukan hanya Steve Jobs atau Bill Gates sahaja dapat dihasilkan, malah versi baru Plato, Aristotle, Ibnu Sina, William Shakespeare, Leonardo Da Vinci, Ludwig van Beethoven, Srinivasa Ramanujan dan Nikolai Tesla akan muncul.
Najib lebih rela ‘play safe’ semata-mata untuk kepuasan diri dan parti, dan untuk mengekalkan kuasa bagi pilihan raya umum ke-13 yang mungkin akan berlaku tidak lama lagi, sebelum rakyat lupa akan ‘kebajikan sekali jalan’ beliau.
Jika setakat itu sahaja keberanian Perdana Menteri, simpan sahaja Majlis Profesor Negara. Mana tahu suatu hari nanti untuk Bajet akan datang boleh ditubuhkan sebuah Muzium Profesor Negara untuk memperingati jasa-jasa mereka yang tidak membantu memupuk ilmu dan kebebasan berilmu kepada semua rakyat Malaysia.

**directly copy from 

http://wargamarhaen.blogspot.com/2011/10/memperlekehkan-anak-muda.html#more

08 October 2011

[politik] bajet 2012

petang tadi mat mongol becakap pasal mana duit nak salur. macam macam tempat dia nak bagi duit. ada yang dia potong ada juga yang dia bagi. tak tertinggal gula gula sebelum pilihanraya.

malam ni kenalan phd mesej tentang sesuatu yang serius;

phd : ko percaya tak pada ungkapan "Belia Harapan Bangsa"?

aku : memang belia harapan bangsa. dunia untuk anak muda - isham rais. tapi selagi orang tua terus mengongkong dengan kuasa yang mereka ada anak muda tak jadi apa.

phd : bernas jawapan ko. tapi ungkapan tu dah tak boleh pakai lepas ni. yang tepat " Belia terus menganggur, si tua terus bekerja hingga lanjut usia(60)".

aku : betol. aku tak tau kenapa nak simpan orang tua dalam sektor sedang mereka cuma makan gaji buta. kerja yang boleh disiap dalam 30 minit jika sektor swasta memerlukan 3 hari untuk mereka. mat mongol kata akan ada peluang baru akan dibuka.

phd : mungkin dia lupa sejarah politk lalu. cukuplah dengan kumpul mahasiswa/i um, ukm, uitm n uia. dah boleh dapat undi majoriti untuk negeri selangor. dia terlepas pandang. kesian.

aku : mungkin mat mongol ingat dengan rm200 dapat jadi gula gula untuk budak budak lupakan pasal umur 60 tu kot.

phd : pada pandangan aku berlaku satu bentuk penindasan oleh golongan konvensional(orang tua) untuk kepentingan peribadi. even elaun MP tak kira apa parti dinaikkan. dan mereka bersorak gembira.

last sekali kenalan phd memberi peringatan yang paling penting.


phd : p/s. usop jom kita daftar pasrti KITA. dengar ada kosong lagi.

gurauan pasti KITA oleh kenalan phd memang kerap berlaku. tak tahu pula apa motif sebenar beliau sama ada untuk memperlekehkan KITA atau memang ada niat tersirat. tetapi yang nyata beliau pernah berkata "kita masuk KITA pastu daftar sebagai calon. kacau undi dah tentu BN bayar nanti." disambut dengan hilai tawa. hahaha.

apa yang pasti tindakan mat mongol melanjutkan had persaraan sehingga 60 tahun banyak mendatangkan masalah kepada anak muda. para graduan terutamanya yang sering kali mendapat masalah ketika baru melangkah ke alam pekerjaan. baru sebelah kaki melangkah telah di bentes dan terjelepuk ke tanah.

seringkalli kita di sogokkan dengan cerita tentang peluan kerjaya diluar sana. "20000 kekosongan di karnival kerjaya". jika jawatan kosong yang ditawarkan sebagai pelayan kedai mamak adakah ini yang perlu dipilih oleh para graduan? apalah guna belajar bertahun, menanggung hutang pada ptptn, ketok duit mak bapak tiap tiap bulan. last last tersadai kat kedai mamak. memburuh di kedai makanan segera. lebih teruk hanya terperuk terus menghabiskan harta orang tua?

orang muda sering dipandang lekeh oleh golongan tua yang rasa mereka sudah cukup berkuasa. lagi pula disokong oleh anak anak muda yang hanya tahu membesarkan perut masing masing tanpa memikirkan tentang rakan seusia mereka. mungkin perlunya gerakan seperti tahun 1974 untuk menyedarkan anak anak muda ini? atau terus membisu, rela dihinjak?

aku bukanlah seorang pemimpin. aku cuma aktivis yang rela dipimpin. aku akan bersama mereka yang terus cuba menegakkan yang benar. diharap akan muncullah isham rais ke-2 untuk dekad ini.

11 July 2011

[politik] selepas bersih

orang bertanya pada aku. apa kau dapat join bersih? ape ko dapat lepas demo? capai tak matlamat? ko ikot ambiga tu? ko tau tak ambiga tu siapa?

kepada yang tanya tanya aku soalan soalan ni aku ada jawapan untuk kalian.

keluarlah dari kepompong melayu mu itu. banyakkan membaca. jangan tengok tivi baca surat khabar je. korang kata korang islam tapi lupakah korang pada wahyu pertama?

korang salahkan ambiga sebab kes lina joy dan agama islam. ok fine. tapi kalau orang tu memperjuangkan keadilan takkan ko nak sepak dia?

kalau kafir laknat ajak ko buat baik takkan ko nak salahkan dia jugak?

kemon lah kawan kawan ku. bacalah...bacalah...bacalah...

[politik] review bersih

aku gerak dari rumah jam 12 tengahari. dalam dada berkobar kobar ingin menegakkan keadilan di bumi tercinta. ada presentation untuk innovasion pun aku tak pergi kerna perjuangan untuk agama dan negara mengatasi keperluan diri. aku naik bas sampai putra jelatek. otw ada 1 road block. aku cuak gak siket takut polis naik bas sekali. tetapi nyata mereka tidak. namun aku kesal kerna terlihat 1 buah kereta yang dinaiki oleh para lebai berserban yang ditahan. habis segala beg kena punggah. polis pula buat muka cibai.

naik putra dari jelatek memang best. ada f.a. air asia. skirt pendek. aku pula tanpa segan silu duduk depan. kalau kamera aku ada silent mode dah banyak gamba jadi tatapan kalian. otw ke masjid jame' speaker putra bersuara. train tidak akan berhenti di hentian pasar seni dan masjid jame' atas sebab sebab keselamatan. takut kene bom ke ape? lawak betul. aku ambil keputusan untuk turun di stesyen dang wangi. memang jauh menapak sampai masjid jame' sebab kenalan ku berada di sana.

azan zohor berkumandang di masjid india. bersama itu kedengaran tembakan tear gas oleh anggota polis. asap berkeliaran. aku terus ke masjid jame' juga. aku jumpa amin disana dan terus pergi ke pudu. dengar khabar disana juga ada yang berkumpul. dalam perjalanan ke pudu sudah kelihatan mereka bermain air pancut dan gas. memang tak reti tunggu aku langsung.

aku dengan amin bersama join demo depan pudu. ke depan ke belakang. ramai awek awek purdah kat sana. tapi aku tak reti nak ayat. takkan nak ayat stail stail mat rempit kot? dah tentu reject on the spot. lepas tu kitorang main gas lagi. lari punya lari tau tau dah kat belakang polis.

dah tu ingat nak gerak pergi stadium. otw tengok orang ramai kat petaling street. semua pergi cm pula. kat sini pun main gas gak. aku lagi suka main air dari main gas. gas kali ni lebih pedih dari masa kat demo air selangor hari tu. last last tak da arah. bukan sebab takda pemimpin macam kat berita kata tapi sebab dah di pecah pecahkan oleh polis.

nak balik kene menapak lagi ke dang wangi. sampai sampai stesyen tutup. celaka lafaz aku. terpaksa tunggu samapi buka kembali. aku jumpa lagi awek purdah yang sama untuk kali ke-3. jodoh aku agaknya tapi aku still tak tau macam mane nak ayat. macam kata amin aku jenis tegur dalam hati. tak sampai level aku awek awek kat mesia ni. haha

09 July 2011

01 July 2011

[politik] BERSIH 2.0 : POLIS DAN HAK-HAK ASAS ANDA

directly copying from http://wargamarhaen.blogspot.com/2011/06/bersih-20-polis-dan-hak-hak-asas-anda.html

1. APABILA DIBERHENTIKAN POLIS
memberikan Pernyataan 112. Jika tempat dan masa sesuai bagi anda, • Balai Polis di mana anda dibawa.

1.1
Tidak Berpakaian Seragam, Minta Pengenalan Diri
Jika beliau tidak berpakaian seragam, minta beliau tunjukkan
pengenalan diri. Katakan; “Sila tunjukkan Kad Kuasa Polis anda.”

1.2 Kad Kuasa Polis
Merah : Pegawai Polis yang digantung tugas. Beliau tiada
kuasa untuk melakukan apa-apa terhadap anda.
Anda boleh berlalu dari situ.
Lain-lain Warna :

• Biru : Berpangkat Inspektor dan ke atas.
• Kuning : Berpangkat lebih rendah daripada Inspektor.
• Putih : Polis Simpanan
Ambil perhatian nama dan nombor Kad Kuasanya.

1.3
Berpakaian seragam
Ambil perhatian nama dan nombor ID pada pakaian seragamnya.

1.4
Kenderaan Peronda Polis
Ambil perhatian nombor pendaftaran kereta atau motosikal peronda
berkenaan.

2. POLIS MENYOAL SIASAT ANDA SEMASA DIBERHENTIKAN
2.1
PengenaIan Diri
Hanya berikan nama, nombor kad pengenalan dan alamat anda.

2.2
Polis bertanyakan soalan-soalan lain
Tanya dengan sopan, "Adakah saya sedang ditangkap?"

2.3
Adakah anda sedang ditangkap
Anda sedang ditangkap jika Polis:

• menjawab "ya";
• tidak membenarkan anda berlalu/mahu membawa anda ke
Balai Polis; atau
• menggari anda.
Jika anda tidak ditangkap, anda boleh berlalu/menolak untuk
mengikutnya ke Balai Polis atau ke mana sahaja, jika diminta.
2.4
Bilakah anda tidak boleh ditangkap
Polis tidak boleh menangkap anda semata-mata kerana anda
berpotensi sebagai saksi dan mereka mahu mengambil pernyataan
daripada anda (Pernyataan 112/Saksi).

3. SOAL SIASAT OLEH PIHAK POLIS TANPA TANGKAPAN
3.1
Pernyataan 112
Semasa pihak Polis sedang menjalankan siasatan berhubung sesuatu
kes dan berpendapat anda mempunyai maklumat/pengetahuan
tentang kes tersebut, pihak Polis boleh menyoal siasat anda dan
mencatat semua jawapan anda (Pernyataan 112).

3.2
Permintaan Rasmi / Tidak Rasmi
Kebiasaannya, Polis membuat permintaan tidak rasmi supaya anda

anda boleh bekerjasama. Jika tidak, beritahu Polis anda akan
bekerjasama di tempat dan pada masa yang sesuai. Jika anda menolak
untuk bekerjasama, Polis boleh mengeluarkan arahan rasmi secara
bertulis, ditandatangani oleh seorang Pegawai Penyiasat (Pegawai Polis)
mengkehendaki anda untuk bekerjasama. Jika anda tidak mematuhi
Arahan Polis tersebut, anda tidak boleh ditangkap. Walau
bagaimanapun, ia adalah satu kesalahan dan pihak Polis boleh
memohon kepada Mahkamah untuk mengeluarkan satu waran terhadap
anda mendesak anda supaya bekerjasama.

3.3
Membuat Pernyataan 112
Semasa membuat Pernyataan 112, anda boleh menolak untuk
menjawab mana-mana soalan/berdiam diri jika jawapannya mungkin
mendedahkan anda kepada kesalahan jenayah.

• Bawa bersama anda buku catatan atau kertas tulis (Nota Peribadi).
• Catatkan dalam Nota Peribadi anda semua soalan yang ditanyakan.
• Pastikan bahawa anda faham setiap soalan yang ditanyakan.
• Ambil masa anda dan fikir dengan teliti sebelum menulis jawapan di
dalam Nota Peribadi anda.
• Bacakan jawapan anda kepada Pegawai Polis yang menyoal anda.
• Simpan Nota Peribadi anda sebagai rujukan di masa hadapan.
3.4
Menandatangani Pernyataan 112 anda
Sebelum menandatangani Pernyataan anda, baca dengan teliti semua
soalan dan jawapan anda yang ditulis oleh Pegawai Polis yang berkenaan.

• Bandingkan Pernyataan yang anda akan tandatangani dengan Nota
Peribadi anda.
• Anda berhak membuat pembetulan/pindaan ke atas Pernyataan
tersebut sebelum ditandatangani.
• Turunkan tandatangan betul-betul di bawah ayat terakhir
Pernyataan anda.
4. POLIS MENANGKAP ANDA
4.1
Tanya: "Mengapa saya ditangkap?"
Sesuatu tangkapan menjadi tidak sah jika anda tidak diberitahu alasan
tangkapan.

4.2
Jangan melawan semasa ditangkap
Polis mempunyai hak untuk menggunakan kekerasan yang munasabah
semasa menangkap anda jika anda melawan.

4.3
Tanya: "Balai Polis manakah saya akan dibawa?"
Pegawai Polis yang menjalankan tangkapan mestilah dengan segera
membawa anda ke Balai Polis yang berdekatan dan bukan sebaliknya.

4.4
Apa yang perlu anda lakukan apabila ditangkap
Anda mempunyai hak untuk membuat satu panggilan telefon kepada:

1. Keluarga atau rakan; dan/atau
2. Seorang peguam.
Anda juga bolah menghubungi Pusat Bantuan Guaman (LAC).
Maklumkan kepada mereka:

• yang anda telah ditangkap;
• masa, tempat dan alasan ditangkap;
4.5
Apa yang akan berlaku selepas ditangkap
Anda boleh ditahan sehingga 24 jam:

• Di Balai Polis, atau
• Di dalam lokap untuk "membantu" penyiasatan Polis.
5. HAK ANDA SELEPAS DITANGKAP DAN SEMASA DALAM TAHANAN
5.1
Hak untuk berunding dengan seorang peguam
Sebaik sahaja anda meminta kehadiran seorang peguam, anda
mempunyai hak untuk berunding dengan peguam berkenaan di Balai
Polis. Pihak Polis mestilah memberikan kemudahan-kemudahan yang
munasabah dan masa yang munasabah untuk anda berjumpa dan
berbincang dengan peguam berkenaan. Pihak Polis bagaimanapun
boleh menafikan hak ini, jika kelengahan dalam menyoalsiasat anda
boleh menyebabkan berlakunya jenayah lain atau menyebabkan
bahaya kepada pihak lain.

5.2
Pakaian
Anda dibenarkan mempunyai satu set pakaian bersama anda
semasa di dalam lokap.

5.3
Barangan peribadi
Pihak Polis mestilah merekodkan semua barangan peribadi anda dan
meletakkannya dalam simpanan selamat. Barangan peribadi anda
mesti dipulangkan kepada anda sebaik sahaja dibebaskan.

5.4
Kebajikan
Anda dibenarkan mandi dua kali sehari. Jika anda jatuh sakit, anda
berhak mendapat rawatan perubatan dengan serta-merta. Anda
sepatutnya diberikan makanan dan minuman yang wajar dan
secukupnya semasa dalam tahanan.

5.5
Berapa lamakah pihak Polis boleh menahan anda
Pihak Polis hanya boleh menahan anda sehingga 24 jam untuk
siasatan. Tugas Polis adalah untuk menyelesaikan penyiasatan
dalam masa 24 jam dan melepaskan anda dengan segera. Jika pihak
Polis tidak dapat menyelesaikan penyiasatan dalam tempoh 24 jam,
Polis mesti membawa anda ke hadapan seorang Majistret untuk
mendapatkan perintah reman untuk memanjangkan tempoh
penahanan anda melebihi 24 jam (Perintah Reman).

6. PERINTAH REMAN OLEH MAJISTRET SELEPAS 24 JAM
6.1
Siapakah Majistret
Majistret ialah seorang pegawai kehakiman yang mempunyai kuasa
untuk membuat Perintah Reman bagi menahan anda lebih daripada
24 jam.

6.2
Tujuan Perintah Reman
Untuk memberi lebih masa kepada Polis untuk melengkapkan
penyiasatan dan memutuskan sama ada terdapat bukti untuk
mendakwa anda atas satu-satu kesalahan. Pihak Polis tidak boleh
memohon Perintah Reman hanya untuk mengambil Pernyataan
daripada anda.


6.3
Berapa lamakah Perintah Reman
Apabila pihak Polis membawa anda ke hadapan seorang Majistret
untuk memohon Perintah Reman, pihak Polis perlu memberikan
alasan kepada Majistret mengapa anda perlu ditahan melebihi 24 jam.
Tugas Majistret adalah untuk menimbangkan secara berhati-hati
alasan-alasan yang diberikan oleh pihak Polis.

Majistret berkenaan mempunyai budi bicara:

• untuk tidak membenarkan Perintah Reman dan seterusnya
melepaskan anda; atau
• membenarkan Perintah Reman untuk satu tempoh yang lebih
pendek daripada yang dipohon oleh pihak Polis.
Seorang Majistret mempunyai kuasa untuk membenarkan Perintah
Reman tidak melebihi 4 hari atau 7 hari bergantung kepada jenis
kesalahan yang sedang disiasat.

Pihak Polis boleh memohon Perintah Reman kedua selepas tamatnya
Perintah Reman pertama. Majistret boleh membenarkan Perintah
Reman kedua untuk tempoh tidak melebihi 3 hari atau 7 hari
bergantung kepada jenis kesalahan yang sedang disiasat.

6.4
Apa yang perlu anda katakan ketika anda dibawa di hadapan
seorang Majistret untuk proses reman
Maklumkan kepada Majistret:

• anda mahu diwakili oleh seorang peguam dan anda mahu
menghubungi peguam, pusat bantuan guaman dan keluarga anda;
• jika anda mahukan rawatan perubatan kerana anda sakit atau
telah dipukul;
• jika pihak Polis telah mengugut atau memukul anda semasa
dalam tahanan;
• jika anda telah tidak diberikan makanan/minuman/pakaian atau
perubatan yang wajar dan mencukupi semasa dalam tahanan;
• sama ada pernah ditahan sebaik sebelum penahanan terkini anda;
• sama ada pihak Polis telah menjalankan apa-apa penyiasatan
semasa anda dalam tahanan.
6.5
Mohon supaya Majistret memberikan Perintah Reman yang singkat
Sebelum Majistret berkenaan membuat Perintah Reman, mohon
tempoh reman yang lebih singkat daripada yang dipohon oleh pihak
Polis. Beri alasan (sebagai contohnya: "saya akan bekerjasama
dengan polis dalam siasatan mereka", "saya boleh dihubungi bila-bila
masa dan tidak akan melarikan diri" dll).

7. PEMERIKSAAN BADAN TANPA TANGKAPAN
7.1
Bilakah ianya boleh dilakukan
Jika anda berada di satu-satu tempat (contohnya: disko/karaoke/
pusat-pusat hiburan) di mana Polis menjalankan serbuan untuk
mencari sesuatu (contohnya: dadah), pihak Polis boleh menahan dan
memeriksa anda jika mereka berpendapat anda mempunyai atau
sedang menyembunyikan barang yang sedang dicari itu.

Ini hanya boleh dilakukan dengan kehadiran seorang Pegawai Polis
berpangkat Inspektor dan ke atas.

7.2
Apa yang perlu dilakukan
• Jangan benarkan Pegawai Polis berkenaan memasukkan tangannya
ke dalam pakaian anda atau kocek/saku anda.
• Jika anda diminta untuk mengeluarkan barangan peribadi anda satu
persatu, setiap kali sebut "dompet", "kunci", "Kad Pengenalan" dll.
• Apabila kocek/saku/beg anda telah dikosongkan, terbalikkan kocek/
saku/beg anda.
7.3
Hak-hak anda
• Semua pemeriksaan badan mestilah dijalankan secara profesional
dan sopan.
• Seorang wanita hanya boleh diperiksa badannya oleh seorang
Pegawai Polis wanita.
• Jika anda dipaksa/diugut untuk berbogel:
1. Bantah;
2. Ingat nama Pegawai Polis tersebut; dan
3. Buat laporan Polis selepas insiden tersebut.
8. PEMERIKSAAN BADAN SELEPAS TANGKAPAN BERLAKU
8.1
Bila Polis boleh berbuat demikian
• Polis secara munasabah mengesyaki bahawa anda mempunyai
bukti/keterangan berhubung kesalahan yang disyaki.
• Anda ditangkap.
• Pemeriksaan badan mestilah dijalankan di tempat tertutup. Anda
mempunyai hak untuk diperiksa badan di tempat tertutup.
8.2
Jenis-jenis Pemeriksaan Badan
Undang-undang membenarkan Polis melakukan 4 jenis
pemeriksaan badan:


1.
Pemeriksaan secara menepuk badan dari atas ke bawah
-pemeriksaan pakaian luaran.
2.
Pemeriksaan tanpa pakaian -untuk mencari bukti, objek, barang
terlarang atau senjata. Hanya boleh dijalankan dengan kebenaran
seorang pegawai berpangkat Inspektor dan ke atas.
3.
Pemeriksaan sulit -selain daripada mencari di dalam mulut, hidung
and telinga. Hanya boleh dijalankan dengan kebenaran pegawai
berpangkat Penolong Penguasa (ASP) dan ke atas.
4.
Pemeriksaan dalaman -untuk menentukan kewujudan objek-objek
dll. di dalam badan. Hanya boleh dijalankan dengan kebenaran
Ketua Polis Daerah (OCPD). Hendaklah dijalankan oleh seorang
Pegawai Perubatan atau Pegawai Perubatan Kerajaan.
8.3
Hak anda
• Semua pemeriksaan badan mesti dijalankan secara profesional dan
sopan.
• Anda dinasihatkan supaya meminta ditemani oleh peguam anda
semasa pemeriksaan dilakukan.
• Seorang wanita hanya boleh diperiksa badannya oleh seorang
Pegawai Polis wanita.
9. SOAL-SIASAT OLEH POLIS SELEPAS DITANGKAP
9.1
Kenal pasti Pegawai Polis yang menyoal siasat anda
Ambil perhatian nama/pangkat Pegawai Polis yang menyoal siasat anda.

9.2
Hak anda untuk berdiam diri
Polis lazimnya akan beramah mesra terlebih dahulu (contohnya:
bertanyakan tentang keluarga dan rakan-rakan anda dll.) Anda hanya
perlu memberikan nama penuh, umur, alamat dan pekerjaan anda
(Maklumat-Maklumat Peribadi). Selain Maklumat-Maklumat Peribadi,
anda berhak memilih untuk berdiam diri. Anda harus bersopan. Anda
tidak perlu takut untuk berdiam diri. Ini adalah hak anda. Jika anda
memilih untuk berdiam diri, katakan, "Saya ingin menggunakan hak
saya untuk berdiam diri."

9.3
Pernyataan 112 anda semasa dalam penyiasatan
Pihak Polis akan bertanyakan soalan-soalan kepada anda dan
kemudian mencatatkan semua jawapan anda. Polis tidak boleh
mengugut atau memaksa anda untuk memberi Pernyataan. Jika anda
diugut, dipukul atau dipaksa, buat satu laporan Polis terhadap
Pegawai Polis berkenaan dengan segera. Ini adalah hak anda.

9.4
Pernyataan 112 tidak boleh digunakan sebagai keterangan/bukti
Secara amnya, apa jua Pernyataan yang anda buat kepada Polis
semasa soal-siasat tidak boleh digunakan sebagai keterangan/bukti
kecuali jika anda dituduh atas kesalahan-kesalahan di bawah,
sebagai contoh, Akta Dadah Berbahaya, Akta Culik dan Akta
Keselamatan Dalam Negeri. Walau bagaimanapun anda boleh
menggunakan Pernyataan anda untuk menyokong pembelaan anda
semasa perbicaraan.


POLIS DAN HAK-HAK ASAS ANDA

Diterbitkan dengan kerjasama TANGKAP
(Tindakan Anti PenyalahGunaan KuAsa Polis)

www.malaysianbar.org.my

PUSAT BANTUAN GUAMAN / LEGAL AID CENTRES (LAC)


Kuala Lumpur : 03-2691 3005 / 03-2693 2072

Selangor : 03-5510 7007 / 03-3281 2428

Negeri Sembilan : 06-6013 844

Melaka : 06-2845 519 / 06-2864 514

Johor : 07-2235 698

Perak : 05-2550 523

Kedah & Perlis : 04-7333 467

Kelantan : 04-7448 660

Pahang : 09-5159 244 / 09-2969 410

Pulau Pinang : 04-2617 451/ 04-3108 451

[politik] lagi lagi bersih

lawak ape korang buat ni???

komunis dibelakang bersih???

oi...komunis mana nak pilihanraya...

BODOH!!!

27 June 2011

[politik] telunjuk

pr yang di anggotai oleh pas pkr dan dap dikatakan suatu pakatan yang rapuh - berita tivi1 tengahari ini. dikatakan dap merupakan parti yang bersifat perkauman.

bila pr menang di perak pada pru 12 yang lalu dicanang oleh bn bahawa perak akan diperintah oleh dap. tetapi sultan perak mahu orang melayu sebagai menteri besar. makanya di pilih ir. nizar. lagi dicanang oleh bn bahawa nizar akan mengikut telunjuk dap kerna majoriti dap yang lebih besar. juga dikata nizar akan menjadi anjing dap.

aku akui 1 benda dalam negara mesia dimana ekonomi di kuasai kaum cina. sebenarnya mereka hanya menguasai bahgian jualan namun kuasa membeli masih ditangan kita. itu yang perlu di terangkan kepada masyarakat.

dikatakan bahawa dap lah yang menguasai pr. segala keputusan dalam pr di temtukan oleh dap. sebenarnya dalam bn juga begitu. segala keputusan di tentukan oleh mca. banyak perkara telah di tentukan oleh mca sebenarnya namun bn tidak mewar warkan perkara tersebut.

jika umno dapat mengawal bn manakan datang berita tentang pkfz?

[politik] ketuanan melayu

sesi perbualan ilmiah bersama seorang rakan bakal phd beberapa minggu lalu banyak mencambahkan minda. banyak perkara diutakan oleh beliau terutama tentang politik mesia. aku cuba menunjukkan pada beliau tentang pr dan beliau cuba mempertahankan gerombolan walau kadang beliau berpuas hati dengan hujah aku.

salah 1 tajuknya ialah ketuanan melayu. dan aku jawab dengan keras pada beliau. fuck ketuanan melayu. serius. disini aku nak bagi beberapa hujah yang menyokong 3 perkataan aku tu.

pertamanya apakah ketuanan melayu? brahem  katak selalu kate ketuanan melayu. ketuanan melayu ialah menunjukkan satu kuasa tuan dan hamba. dalam konteks mesia hari ini kaum penghuni dan kaum pendatang. itu yang cuba di pertahankan oleh brahem katak. kita sekarang dalam ababd ke 21. kita bukan masa tahun 1400masehi lagi. kita bukan bercerita tentang hang tuah dan puteri hang li po. kita bercerita tentang beckham, justin bibir, barak obama.

mesia hari ini ialah mesia yang berdaulat. mengikut perlembagaan reid lah. mesia dibentuk dengan 3 kaum paling besar iaitu melayu cina dan india. mengikut buku kbsm tunku, cheng lok n thuraisingam adalah antara mereka yang pergi ke england untuk mendapatkan kemerdekaan. kenapa timbul masalah ketuanan melayu. malah pada aku kita patut lebih konsen tentang bangsa mesia. kerna kita bersama sama meraih kemerdekaan.

terjadi 1 kes minggu lepas dimana ibu bapa tidak dapat mendaftarkan anak mereka sebagai bangsa mesia. kenapa? sedangkan dalam tivi sibuk dicanangkan bangsa mesia dan 1 mesia. kes terjadi bila bapa seorang india dan ibunya cina. anaknya? maka bang sa mesia suatu yang perlu. even lepas ni kalau melayu pun kita letaklah bangsa mesia.

apa faedahnya ketuanan melayu ini? serius aku tak nampak apa faedah pada aku. bakal phd ada cakap kita mudah dapat tender, pinjaman mara dan sebagainya. ok aku ada hutang dengan mara. janganlah jadi macam nagib. buat iklan macam kita berhutang budi pula. 'semua yang dilakukan adalah apa yang patut dilakukan oleh pemerintah' - anwar ibrahim.

bila kerajaan penang membuat tender terbuka terhadap semua tender yang melibatkan kerajaan negeri ramai kontrektor melayu bungkus. sebab apa? sebab selama ini mereka cuma bergantung pada kuota melayu. sebenarnya mereka tidak layak pun untuk tender tender tersebut. sedang mereka yang dapat meng-alibaba-kan tender. di beri pula kepada pihak ke-3. mereka cuma untung atas angin. tanah pudu jail yang diberi kepada uda. di open tenderkan. yang masuk tiada kontrekter melayu. sebab? sama diatas.

apa guna ketuanan melayu bila tanah tudm diberi kepada cukong. tanah kg beremban diberi kepada cukong. lepas ni tanah kg baru pula. mintak direct tak dapat. nak dibuat akta pula. macam macam cara supaya dapat dipenuh kantung pak menteri. siapa pak menteri ni? bukan orang KL yang pilih dia jadi wakil rakyat pun

kenapa ketuanan melayu? melayu adalah kaum paling besar di mesia. kuasa politik pada orang melayu. pengundi paling ramai ialah melayu. tapi pernahkah anda terfikir bahawa melayu bukanlah kaum yang mula menetap di semenajung ini. dahulu kala semasa hang tuah masih berhayat semua yang singgah berdagang di tanah ini di panggil melayu. india melayu, cina melayu, arab pun dipanggli melayu.

orang melayu juga paling mudah dipengaruhi pemikiran. kononnya orang melayu ni penuh tipu muslihat tetapi yang aku lihat orang melayu yang ditipu. orang melayu juga malas membaca. aku akui aku baru je ada minat membaca ni. statistik dbp kita cuma membaca 2 buah 1tahun. itu pun bukan semua orang baca 2 buah tetapi lebih kepada range buku dan jumlah penduduk.

apa yang orang melayu suka baca? mangga, mastika, utusan. semua yang hanya merosakkan minda, melemahkan akal. tiada bacaan yang boleh mencambahkan minda. membuka fikiran. aku pernah observe 1 benda yang mudah. surat khabar bahasa melayu cuma ada komik dan no ekor. sedangkan surat khabar inggeris dan cina ada juga permainan yang menguji minda seperti sudoku dan crossword. walaupun benda ni kecik tapi aku dapat rasakan ia sesuatu yang penting sebab ia boleh menajamkan lagi fikiran.

orang melayu ni dah lah malas membaca ditambah pula malas berfikir. segala yang disumbat di telan tanpa banyak cerita. kononnya mereka islam tapi apa yang nabi ajar tak pernah nak ikut. nabi kata siasat suatu perkara tapi dorang lagi suka dengar berita tivi3suku. lupakah bani melayu bahwa ayat pertama yang nabi dapat ialah membaca?

aku bukan nak kata aku malu menjadi melayu. nik aziz ada kata islam lebih penting dari melayu. kalau korang islam mesti sokong kata kata ini. tapi apa guna jadi melayu jika mengemis di negeri sendiri? yang kaya cuma kroni kroni gerombolan sedang kita rakyat marhain terus menanggung hutang yang tiada penghujungnya? yang menyokong hanya menjadi barua. hanya kerna rm50 sanggup bersusah selama 5tahun?

[politik] bersih lagi

disebabkan tivi kat rumah keramat tiada astro maka aku terpaksa menonton apa yang ada. media yang dipelopori oleh gerombolan songkok tinggi. setiap malam kita dihidangkan dengan sesi fitnah secara terang terangan. terutama di tivi3suku.

bersih yang dijadualkan pada 9 julai hadapan dikatakan haram. perhimpunan dianjurkan untuk menuntut pilihanraya yang lebih telus. kelihatan beberapa pihak yang menuntut supaya perhimpunan bersih itu tidak diadakan. terutama oleh juak umngok, perkasa. mereka berkumpul secara 'aman' untuk menuntut agar bersih tidak diteruskan. malah laporan polis juga dibuat. 'aman' bererti mereka tidak sampai 20 orang. haha

polis juga telah memulakan langkah. kalau keluar pakai baju kuning akan ditangkap. baju yang tulis bersih akan ditangkap. semua arahan dari pak menteri.

berikut adalah beberapa dalil yang di utarakan oleh mereka.
  1. pelancong akan lihat negara tidak aman
  2. para peniaga kerugian
  3. menyebabkan kacau bilau
  4. bukan budaya kita
aku nak ulas disini. para demonstran bukanlah jenis yang datang untuk membuat kekacauan. kami hanya berkumpul dan berarak ke istana negara. apa kekacauan yang timbul disitu? sama seperti thaipusam di batu cave yang berkumpulnya hampir 1juta umat manusia. tidak ada sebarang kekacauan yang berlaku. sepanjang aku berdemo kekacauan dimulakan oleh pihak polis. mereka menyerang para demonstran yang berkumpul secara aman.

di trafalgar square, london, boleh dikatakan hampir setiap minggu ada demo. namun pihak berkuasa disana tidaklah memukul para demonstran. mereka hanya memantau aktiviti demonstran. dan london masih menjadi destinasi pelancongan. apa yang pelancong menjadi takut di mesia adalah kerna pak polis dan fru yang sudah standby dengan trak air, tear gas. jika para demonstran tidak membuat sebarang kerosakan tak payahlah nak sembur semua tu. 

tt ada bagi kira kira minggu lepas. katalah seorang yang datang berdemo bawak rm100. kalau dah 300k yang turun tidakkah secara senyap kita telah menjana 30m dalam 1hari?mana yang dia kata kerugian kepada para peniaga? kerugian terjadi bila fru tembak air dengan tear gas. kenapa perlu menyerang mereka yang sedang berniaga?

semasa idea malayan union di ajukan untuk membentuk negara siapa yang turun kat JB? siapa yang berkumpul dekat dataran? gambar apa kat buku teks tingkatan 3 tu? itu semua demonstrasi. siapa kata demonstrasi bukan budaya kita sedangkan kita juga berdemo sebelum mengecap kemerdekaan? 

ghandi berdemo menuntut kemerdekaan. lenin jatuh pasal demo. perang vietnam tamat sebab demo. kenapa mereka kata demo bukan budaya kita? ia kerna mereka tahu dengan demo mereka yang berkuasa akan jatuh. segala kekotoran kejahatan pengkhiatan mereka akan terhijab bila mereka tidak lagi berkuasa. maka itu aku akan turun demo walaupun aku ada final present di kolej aku.

13 June 2011

[politik] bersih

BERSIH 2.0 telah menuntut reformasi pilihan raya selama ini namun tuntutan kami langsung tidak diberikan perhatian.

Masa telah tiba untuk pihak-pihak yang diamanatkan untuk menguruskan negara untuk “mengambil kira pendapat-pendapat rakyat jelata”. Di seluruh dunia, suatu gegaran untuk mengukuhkan demokrasi di kalangan masyarakat sedang berlaku dan kami ingin menjemput pihak berkuasa untuk menghormati suara-suara tersebut.

Oleh itu, kami telah membuat keputusan untuk menganjurkan Perhimpunan BERSIH 2.0.

Tuntutan perhimpunan tersebut adalah:
-Bersihkan senarai undi
-Mereformasikan undi pos
-Gunakan dakwat kekal
-Akses media bebas & adil
-Masa berkempen minima 21 hari
-Kukuhkan institusi awam
-Hentikan rasuah
-Hentikan politik kotor



tarikh : 9 julai 2011(sabtu)
tempat : sogo, ibu pejabat pas kuala lumpur, masjid kg baru



* petikan ini aku copy direct dari laman web bersih.org.

dalam media arus perdana yang dikuasai oleh juak gerombolan sering kita dapati bahawa perhimpunan bersih adalah 1 agenda pembangkang yang amat merugikan rakyat jelata terutamanya para peniaga di kuala lumpur. namun mereka langsung tidak menyiarkan akan kehendak keperluan pihak yang menganjurkan perhimpunan tersebut. 

segala tuntutan yang dibuat oleh pihak penganjur bukanlah sesuatu yang sukar dilaksanakan kerna ia berbentuk realistik. sebagai pihak yang turun mengundi pihak penganjur cuba menunjukkan kehendak dan hak sebagai pengundi. namun pihak berkuasa/ kerajaan tidak mengendahkan semua ini mungkin kerna ia suatu yang boleh menjatuhkan mereka atau dalam erti kata lain penipuan tidak dapat dibuat dalam pilihanraya.

jika pihak berkuasa telus dalam setiap perkara yang di tuntut pada perhimpunan bersih 1 pada tahun 2007 dahulu maka bersih 2.0 ini pastinya tidak akan dianjurkan. 

untuk menyedapkan berita mereka telah menuduh abang mat kita yang baru memenangi jawatan ke-2 dalam parti pas sebagai ingin menunjukkan kuasa. sedangkan abang mat telah mengetuai segala perhimpunan sekian lama biar pun sebelum memenangi jawatan tersebut.

juga dikatakan berlaku kekacauan di ibukota kerna perhimpunan ini. ingin dinyatakan disini bahawa para peserta yang mengikuti perhimpunan tidak menimbulkan sebarang kekacauan selagi polis tidak membuat apa apa terhadap mereka. segala kekacauan biasanya dimulakan oleh pihak polis.

pada 9 julai ini aku akan menyertai perhimpunan bersih 2.0. melainkan terdapat sebarang kecemasan yang memerlukan aku tidak menghadirinya. bagai kata isham rais "9 julai hari untuk anak muda" . kawan kawan yang membaca/terbaca tulisan ini diharap bersama kita menjayakan perhimpunan ini.

masa depan adalah untuk anak muda. mari kita tentukan masa depan kita. jangan biar golongan tua terus menindas kita. bangkitlah anak muda.