Showing posts with label lagu. Show all posts
Showing posts with label lagu. Show all posts

20 February 2012

[kerja] lunch

aku hari ni kerja dekat viva home decor jalan cheras sana tu. so secara automatiknya aku makan dekat dekat area yang tersebutlah kan.

environment kedai tersebut seperti kedai kedai makan yang lain. ada tivi tak bukak. cuma ada suara radio saja. lauk yang tak berapa menarik tapi ramai orang. tipikal malay restoren in kay ell.

so nak dijadikan certa siaran radio yang terdenga itu. dari cakap cakap penyampai dia berkata sedang dalam segment rock. aku terdengar begitu terasa bersemangat untuk makan.

kemudiannya keluar lagu yang agak rancak. aku berkata dalam hati "boleh tahan gak ni". lantas aku mengambil lauk yang agak taf seperti ikan keli dan sayur sawi. aku juga meng'order' air limau ais. pergh makanan orang orang taf.

duduk untuk makan lagu tadi masih tidak habis. lauk kat kedai tu pun boleh pergi gak sedapnye. tiba tiba...

lagu ni keluar



aku punya momentom makan menjadi sedikit slow. bukan sebab ada kene mengena dengan aku tapi sebab aku punya feeling lagu mula mula tadi kene potong. ciss..

lepas je lagu kat atas tu habis dia sambung dengan lagu ni pulak.


ok. this is way too much. tadi dia kata segment rock. ni lagu ape ko pasang ni. bukan saja aku jadi tak lalu makan malah terasa nak muntah pula. celaka betul.

aku bukan apa. aku kesian kat ikan keli yang melingkar di dalam pinggan tersebut. aku terpaksa tinggalkan ia. for the record rasanya aku tak pernah tinggalkan makanan tanpa menghabiskannya.

perkara begini perlu diambil serius oleh pihak pihak berwajib. jakim, lhdn dan imigresen serta sprm perlu menguatkan lagi penguatkuasaan mereka. bagaimana lagu macam ni boleh di kategorikan sebagai rock? kalao dio, rudi van halen atau steve haris dengar?? mau terhiris hati mereka.

diharap mereka konsern benda benda macam ni. keh keh keh

27 May 2011

[hidup] aktivity semasa

1. nak cari tempat makan dan siapkan cerita sebelum 31 may untuk pertandingan selangorlicious.

2. mencari quote quote yang menari dari lagu untuk kedamaian

3. kerja kat lafarge baru start dan aku tak join untuk esok sebab kene sekolah

4. kene kumpul duit untuk bayar ke kolej 

5. buku di rumah sudah khatam. nak cari bahan baru yang murah.

6. masih belum berjaya memikat hati si dara. apa aku nak buat? aku bukan seorang yang ada pengalaman.


20 May 2011

[hiburan] lagu

pagi ni aku cucuk hardisk...
nak dengar lagu...
yang melayan perasaan...

aku drag 1 folder...
semua lagu melayu...
jenis dengar lagu selang selang(shuffle)...

lalu kedengaran lagu siti...
joget pahang...
layan siti sedap ni...
fikir aku...
aku clear playlist...
drag folder siti...

habis lagu joget pahang...
keluar lagu lain...
rase tak sedap pulak...
aku klik next...
klik next...
klik next...
klik next...
klik next...

tarik folder ella...
sampai habis 1 folder...
aku tak klik next...