antara latihan masa rekrut ialah latihan medan. latihan medan ialah simulasi latihan peperangan sebenar. kami perlu bersiap sedia untuk menghadapi peperangan sebenar. kira macam latihan praktikal sebelum kerja la.
pada malam terakhir kami perlu membuat serang hendap. kawasan yang mungkin akan dilalui oleh musuh telah dikenal pasti dan kami akan menyerang ketika mereka melalui jalan tersebut.
sarjan saliham awal awal lagi telah berpesan supaya tidak membawa apa apa barangan yang tidak diperlukan. kami cuma perlu membawa diri dan juga senjata. itu sahaja. air pun boleh la bawa tapi makanan dilarang.
jam 2000 kami mula bergerak ke kawasan yang telah di tetapkan. sebagai askar sembahyang agak diabaikan. maka isyak hari tu lebor. kira kira jam 2130 kami pun sampai. masing masing mengambil tempat di atas bukit supaya senang menyerang musuh yang melalui denai di bawah.
agak agak bila musuh lalu? jam 0645h. celaka kan? aku entah berapa kali tertidur. senjata pun kene rembat dengan staf. asan pun sama.
pagi itu macam biasa. sarapan dengan maki hamun dari sarjan saliham dulu. pastu sarjan suruh keluar semua barang yang tak diperlukan tapi di bawa. maka ada yang bawa kertas, ada yang bawa cawan, ada yang bawa berus gigi, ada yang bawa ubat gigi, ada yang bawak daun rokok(salis).
maka akmi perlu berkongsi segala benda yang dibawa bersama. sebatang ubat gigi dengan air segelas dikongsi bersama 1 platun. air ade kaler kaler darah lagi. nasib baik apit lepas aku kalau tak tentu aku kene sawan anjing. kertas yang dibawa pula dikongsi dengan cara mengulum di dalam mulut. lepas sorang, sorang. semua dapat rasa.
tapi yang paling best pagi tu ialah rokok yang perlu dikongsi. bukan rokok pun sebenarnya daun rokok. adalah 1 ikat. semua kene rasa. lelaki ke perempuan kene rasa. masa tu ketua platun ialah shah. bukan shah koman do tapi shah taf. badan dia taf dowh. walau badan dia taf tapi bila sarjan suruh dia hisap rokok dia menangis sambil berkata "pasai hangpa la aku kene hisap rokok ni. aku dah bersumpah dengan orang tua aku tak mau hisap rokok"
lepas tu terus kami orang panggil dia shah nangis. celaka ape entah habis kitorang batch kene panggil rekrut nangis. bangang bangang bangang.
Showing posts with label askar. Show all posts
Showing posts with label askar. Show all posts
01 July 2011
27 June 2011
[askar] nombor
salah satu komand dalam baris ialah 'dari kanan nombor'. ia ialah komand untuk membilang anggota dalam baris. membilang tu ayat. mengira lah senang nye.
askar berkawad dalam 3 baris. jika nombor yang terakhir di sebut 9 maka ada 27 orang anggota dalam baris.
kalau cik man bagi arahan bunyinya macam ni.
'DARI KANAN NOMOR'
tapi kalau mat zam dia sebut apa tau??
'DARI KANAN NOMBOT'

[askar] wak
masa rekrut dulu ada seorang rakan 1 platun dengan aku. nama dia yang aku ingat zam ape ntah tapi orang panggil dia wak sebab dia berasal dari serawak.
dia seorang yang berani. tak gagah. tak hensem. tak macho. selalu lambat. menggelabah. segala keburukan adalah dipersetujui oleh semua pihak dan bukan rekaan aku semata mata.
semasa latihan kawad sarjan akan mengajar cara cara memberi arahan. contoh seperti 'sedia' 'kekanan lurus' 'senang diri'
apa yang sengal kat wak ni? sarjan wan zul suruh dia jadi ketua baris dan beri arahan sedia. apa dia cakap? dengan penuh semangat
"JAGA.....SEDIA"
mendapat ko duduk dalam longkang yang dalamnya setinggi wak juga.

[askar] makan durian
askar dan orang asli adalah sinonim. aku masih teringat semasa di dalam hutan beberapa tahun dahulu. ketika itu sedang membelasah budak rekrut untuk latihan medan.
datanglah beberapa orang asli dari kawasan sekitar memberi buah durian kepada kami. maka makan lah kami dengan sopan santun kerna masa tu ada sarjan saliham. sarjan saliham garang + tak siuman.
kami pun mengopek durian pemberian orang asli. tapi adalah seorang pegawai. nak kata bodoh memang bodoh. nak kata bengap lebih tepat mungkin.
beliau tidak mengopek durian tersebut sebaliknya membelah seperti belah kelapa untuk makan isi di dalamnya. terbelah 2 lah durian tersebut.
sarjan saliham di sebelah aku. "BONGOK". 1 perkataan.

Subscribe to:
Posts (Atom)