Showing posts with label edit gamba. Show all posts
Showing posts with label edit gamba. Show all posts

04 June 2011

[kahwen] bucuk bertunang



bucuk yang di sebut bukanlah adik aku yang bucuk bernama aiman itu. tetapi rakan sekelas yang juga aku panggil bucuk. kenapa aku panggil dia bucuk? sebenarnya dia taklah busuk pun malah dia sentiasa berbau harum ketika kami bersua. aku pun tiada sebab yang munasabah untuk diberikan cuma aku rasa itu panggilan yang mesra buat dia dari aku.

lelaki malang yang bertunang dengan bucuk tidak pula aku sempat berkenalan. aku sampai pun dah lewat tatkala orang sedang bersiap untuk pulang. makan pun time orang tengah kemas. yang pasti nama beliau razi. jambu gak mamat tu tadi aku tengok. kalau di bandingkan dengan aku sudah tentu aku ini macho orangnya. tapi apakan daya bucuk suka yang jambu. hehehe

ini je gambar yang aku sempat tembak. ada ke patut taca & yah kata aku kecewa bucuk bertunang. segala yang dalam email itu cuma satu gurauan. nak test market kata orang.



dimulakan dengan hantaran dari pihak perempuan kepada lelaki


 


hantaran dari pihak lelaki kepada perempuan
 




sesi bersama tunangan orang
gadis gadis yang datang amek berkat atas pelamin

gadis gadis amek berkat sebelum balik

yana bersama bucuk

taca bersama bucuk(sori gambar dari tepi je yang ada)

yan dan bucuk

bucuk dan aku kiut...keh keh keh


25 May 2011

[hidup] fotografi

aku sedang mengkaji tentang pencahayaan...
kalau korang tau...
agak agak lah...
gambar apa aku sedang kaji sekarang...

keh keh keh . . .

20 May 2011

[hidup] kamera

aku dah dapat balik kamera aku...
yang kasha pinjam selama 5 bulan...

apa maksud semua ini???
lepas ni...
entri bergambar...
keh keh keh...

18 February 2011

22. lepak kat McD

esok ade presentation untuk technoprenuer...(betul ke eja?)
so malam ni kami orang perlu membincangkan strategi untuk esok...
siapa kami orang???
ooo...
aku(yang kacak)...hafis...yah...yana...fid...
grup ni ade gak cikgu tapi beliau tidak dijemput malam ini...
kerna rumah beliau yang agak jauh...

aku dengan penuh semangat nak menunjukkan hasil yang telah aku buat...
aku cuma meng'edit' gambar sahaja...
itu adalah 'task' yang paling sukar kerna tiada siapa yang mampu melakukannya...
hahaha...riak...
namun kusangkakan panas hingga ke petang rupanya hujan di tengahari...
yana yang melihat gambar yang telah ku 'edit'...
tanpa berfikir panjang terus me'reject'nya...
aku berasa sungguh 'down'...

alasan yang diberi amat kukuh...
'buruk giler'...'ade ke orang nak beli ni'...
lalu yah menunjukkan gambar iron yang dia telah jumpa di internet...

ok2...
gamba tu lawa...
tapi masih memerlukan sedikit 'editing' dari tangan ini juga...
LCD yang aku edit itu tiada tolok bandingnya...
hahaha...

tengah cari idea nak meng'edit' gamba ni...
aaaarrrggghhh....
jap lagi la....
aku nak download habis-habisan kat McD ni...
hahaha...