Showing posts with label rempit. Show all posts
Showing posts with label rempit. Show all posts

29 October 2011

[rempit] hilang

bangun pagi nak pergi ke sekolah untuk belajar seperti biasa di hari sabtu

jam baru 830 pagi

turun bawah dengan semangat

belalang tempur biru tiada

haru biru hidup aku

aku yang semakin terhimpit

ya Allah, semakin berat tanggungan di bahu ini

iyya kanakbudu wa iyya kanasta'in

01 July 2011

[mat rempit] awek body solid 2

awek body solid  memang menggegar iman.

 tadi masa menunggang belalang tempur biru aku seperti biasa akan berselisih dengan mat rempit yang membonceng awek body solid.tapi tadi awek body solid memang jahat. dia pakai baju putis dengan bra kaler gelap. dah la badan dia pun cerahkan semakin kejelasan tali branya.

celaka betul awek body solid sekarang ni. jangan bermain main dengan api ye kamu orang...

18 June 2011

[mat rempit] kepala kurus

orang ramai selalu mengidamkan bentuk badan yang kurus, slim, kerengge, body solid seperti minah rempit membonceng motor ex5. terutama sekali kaum hawa.

sedang aku menunggang belalang tempur biru dalam kelajuan sederhana(120km/h) helmet aku seperti menari nari di atas kepala. rasa sudah lama aku pakai helmet ni tapi tadi masa aku pakai terasa longgar pula. kemudian aku memintas sepasang kekasih mungkin sedang berboncengan di atas sebuah motor berkuasa rendah di beri nama lagenda. ok awek tu bodi solid. aku terfikir sejenak.

adakah kepala aku sudah mengecil atau helmet aku mengalami tumbesaran?

05 June 2011

[hidup] hari hari bangang

semalam seharian aku dirundung malang. bukan ku pinta tapi di reka oleh aku sendiri. 

pagi ini kebangangan aku diteruskan dengan menempuh hujan. aku sudah berjanji dengan rafidah untuk pergi sarapan pagi dan seterusnya belajar bersama untuk ujian hari ini. waktu yang di persetujui ialah pada 830 pagi. maka aku pun keluar rumah pada jamm 820 pagi. memang 10 minit adalah jarak perjalanan aku dari rumah keramat ke kolej. selepas 2 minit menunggang belalang tempur biru kelihatan hujan dihadapan. oleh kerna tiada tempat untuk aku berteduh aku meneruskan saja tunggangan menempuh hujan. hasilnya sampai simpang bukit antarabangsa aku sudah kebasahan. terpaksalah aku berpatah balik kerumah.

jika tadi aku tidak menumpukan seluruh power untuk melawan hujan, kali ini aku lebih bersedia. aku pakai baju hujan yang berjenama givi. akan tetapi aku tidak memakai seluar dan kasut hujan sekali kerna kelihatn langit agak cerah dan ku rasakan tidak perlu untuk aku mengenakan satu set pakaian hujan. 

dengan power yang sudah berganda aku terus menunggang belalang tempur biru. ada titis titis air kelihatan di pelindung topi keledar tetapi tidak diendahkan kerna aku fikir ia terlalu kecil. aku rasa aku sudah cukup power setakat melintas simpang bukit antarabangsa. aku teruskan perjalanan sampai depan zoo aku masih power. lepas sahaja simpang melawati hujan turun agak lebat cukup untuk membasahkan seluar dalam aku tetapi aku tetap tidak berhenti berteduh. dalam hujan aku meneruskan perjalanan.

sampai di shell sebelum simpang masuk ke highway karak aku berhenti. bukan untuk berteduh tetapi untuk mengisi minyak. rupanya disana ada ramai penuggang motorsikal berkuasa tinggi turut singgah. juga bukan untuk berteduh tetapi untuk mengisi minyak.

usai mengisi minyak aku pun meneruskan perjalanan. dalam hujan yang tidak berapa lebat. lepas sahaja daripada tol gombak hujan turun tanpa belas kasihan. oleh kerna tiada tempat untuk berteduh aku meneruskan jua tunggangan. memang kali ini aku loangsung tiada power. sampai di simpang lampu isyarat masuk ke kolej tahp kebasahan pada darjah ke-5 iaitu basah lencun. memang hujan tadi tak bagi peluang untuk aku.

apa yang bangangnya? aku dah sampai sana. aku patah balik rumah. tak kan nak lepak bersama gadis gadis dengan seluar yang basah kan? jatuhlah saham aku dalam market.

04 June 2011

[mat rempit] belalang tempur biru

semenjak seminggu yang lalu beliau telah berkali kali berbunyi menyindir aku. krak...kruk...berbunyi bila mana aku di selekoh atau melanggar lubang atau bendul. kerana tidak tahan dengan sindiran tersebut pagi tadi aku bawa beliau ke jalan sentul untuk upacara tukar ganti. aku sudah tukar rantai + sprocket beliau.

mula pagi tadi lepas balik dari dataran aku ada usha 1 kedai kat sentul tu. pergh dia kata harga 1 set siap pasang rm250. gila apa mahal nak mampus. disebabkan dikala itu jam baru menunjukkan pukul 930pagi dan banyak kedai masih belum buka maka aku balik ke rumah dahulu. sempatlah aku pergi giant kejap tumbuk guard usha awek kaunter dan beli ubat ketiak. pastu pergi sarapan kat bus stand lama kene nasi lemak.

jam 11 aku serang sentul lagi sekali. rupanya memang banyak kedai tak buka. nak pergi kedai yang sama aku rasa tak berbaloi maka aku usha 1 kedai kat simpang jalan ipoh pulak. kat sini bukan port mat mat rempit macam sentul. sini ramai motor besar. superbike. so tak berapa jauh la lari dari motor akukan. keh keh keh

mamat cina bagi 2 jenis. "ada baek punya ada biasa punya. mana lu mau?"
aku masih terkial kial. " baek brapa biasa brapa?"
mamat cina konfiden. " baek dua latus lima puloh. biasa satu latus enam puloh"
aku tak puas hati juga. " apa beza baek dengan biasa?"
mamat cina bawak datang 2-2. " ini baek punya ada ring-o. lambat kendur. biasa punya takda 3 hari sudah mau tarik"
aku masih tak berapa faham. " ooo.itu macam ka? lu bagi biasa punya sudah la."

maka mamat cina dengan rela hati memulakan upacara tukar ganti. sekali dia tengok lining brek pun dah habis. aku suroh dia ganti.

dalam masa menunggu mamat cina menyiapkan belalang ada seorang rider sedang menunggu motor beliau untuk tukar minyak. beliau menunggang z1000. pergh meleleh air liur. 4 botol elf 4t + oil filter + rantai = rm500++ lah aku tengok tadi. dia kaya kot.

pastu ada seorang brader yang baru nak berjinak jinak. beliau menunggang superbike murah. er-6n. dress-up memang baek. apa dia buat pada asalnya aku memang tak tau tapi dalam masa aku kat kedai tu dia kene racun dengan mamat cina untuk beli tayar depan belakang berharga rm1200. maut lu brader keluar duit. aku tengaok dia tukar rantai + sprocket, fairing dengan no plat dan macam macam lagi. mau kopak dekat rm2000 tu. tapi takpa kata dia sebab " kalau aku buat kat JB ke batu pahat mau sekali ganda dari ni."

selesai belalang dikerjakan oleh mamat cina aku nak blah. aku sempat lah salam brader tadi bagi name kad kot kot ada bisnes kata orang. keluar kedai aku bagi salam rem kat dia bagi pacak 2 tiang. harap brader tadi tak maki aku.

30 May 2011

[mat rempit] road block

aku pernah bercerita tentang musuh para penunggang motorsikal. antara musuh utama penunggang motorsikal ialah road block. lebih lebih lagi road block di laluan yang disediakan hanya untuk penunggang motorsikal sahaja. ini kerana ia agak sukar untuk penunggang motorsikal membuat pusingan-u atau merempuh road block tersebut. jika road block yang dilakukan di jalan biasa iaitu jalan besar yang juga digunakan oleh pemandu kereta dan lori ia memang mudah untuk di elakkan. buat u-turn pun cukup.

tadi petang dalam perjalanan ke kota damansara aku telah ditahan oleh sepasukan anggota jpj yang membuat road block di laluan motorsikal exit kota damansara di highway nkve. pergh senafas. aku agak kaget namun aku tempuhi dengan tabah. yang menahan di tengah tengah laluan seorang pegawai dengan 2 paku. muka garang pegang bendera. aku biasanya tidak pernah berhenti ketika road block kerna aku mengenakan baju loreng. ia 1 tiket untuk mempermudahkan urusan sebenarnya. namun pegawai jpj yang menahan itu aku rasa pasti dia seorang yang slow. askar pun nak tahan ke? kata aku di dalam hati.

lalu beliau meminta aku untuk mengeluarkan ic. aku tunjukkan batc aku dari dalam wallet tanpa mengeluarkannya. kemudian dia meminta lesen memandu. aku slow slow keluarkan lesen. diminta pula road tax. aku kata bawah seat. dia suruh keluarkan. dia pandang aku dengan muka tak puas hati. kemudian sampai 2-3 buah motorsikal lagi melalui road block tersebut. pegawai jpj yang bertugas untuk menahan terpaksa menyerahkan lesen aku yang berada pada tangan beliau kepada anak buah beliau sambil menyuruh untuk memeriksa road tax aku.

lantas aku mengambil kesempatan keatas situasi yang agak bercelaru. budak jpj pun datang kearah aku dan berlakulah sesi dialog seperti ini;

budak jpj : "road tax bang?" sambil membelek lesen aku di tangan beliau.
aku          : "road tax ada tapi di bawah seat. malaslah nak turun bukak seat" dengan selamba
budak jpj : "aaaaaaaaa" sambil memandang aku
aku          : "bawah seat ni"
budak jpj : "road tax mesti hidup lagi kan?"
aku          : "eh mestilah"
budak jpj : "bila mati?"
aku          : "bulan 10" penuh konfiden
budak jpj : "ooo.ok lah kalau macam tu" sambil menyerahkan kembali lesen aku tanpa memeriksa road tax
aku          : "ok terima kasih" sambil menyelitkan lesen ke dalam wallet

cepat cepat aku start motorsikal dan berambus. namun sebelum blah aku terdengar perbualan antara pegawai yang menahan aku tadi dan budak jpj.

pegawai jpj  : " dah tengok road tax?"
budak jpj     : "dah. bulan 10 mati" konfiden

terima kasih budak jpj kerna tidak memeriksa road tax aku. kalau tak dah tentu dapat surat.
most of all thanks Allah for giving me another chance.

nanti ada duit aku renew la road tax tu. baru 7 bulan...keh keh keh . . .

27 May 2011

[mat rempit] jem

kadang kadang...
kuala lumpur boleh mengguris hati aku...

tadi aku dari klang...
macam biasa petang jumaat aku lepak keramat...
keluar dari volvo masuk jalan syed putra...
jalan lengang...
sampai depan istana...
still bergerak lancar...
masuk jalan kinabalu...
tak banyak kenderaan...
terus ke jalan kuching...
masih tidak sesak...

akhirnya...
nikmat kuala lumpur dapat juga dirasai...
menyusur ke jalan tun razak...
kereta sudah banyak...
depan pwtc jalan pack...
bawah lrt pekeliling kurang sikit...
lepas sahaja bulatan pahang...
dia punya jem...
membawak sampai simpang masuk akleh...

terima kasih jalan tun razak...
tanpa kau...
tiada maknanya kuala lumpur...
hahaha

19 May 2011

[mat rempit] hujan

aku pernah cerita tentang perkara yang tak disukai oleh para penunggang motorsikal...
maka petang tadi...
dalam perjalanan aku dari klang ke keramat...
hujan turun di pertengahan perjalanan...

masa dekat batu 3...
hujan turun renyai renyai...
aku meneruskan perjalanan kerna hujan jenis ni tak banyak berkesan pada aku...

masa sampai asia jaya...
ramai penunggang sudah parking motorsikal mereka...
dibawah flyover hilton...
ada yang sedang bertukar pakaian kepada baju hujan...
ada yang sudah double stand...
ada yang sedang bercumbu...
ok ini tipu...
tapi aku terus je tanpa ada niat untuk bertukar pakaian...

masuk je KL...
lepas volvo...
hujan agak ganas...
besar besar gak la dia punya titis titis air...
aku tetap degil...
tidak juga mahu berhenti untuk bertukar...

sampai dekat menara umno...
aku tengok langit area UK memang sudah gelap...
gementar juga nak meneruskan perjalanan...
tapi aku tabah...
depan IB memang sudah lebat...
aku fikirkan laptop dan kamera je...
tapi bila fikir balik...
apa guna beg aku yang mahal ni...

masuk je simpang jalan enggang...
disambut dengan air bertakung...
dekat depan tranasional tu lah...
hujan tetap menggila...
kalau kat klang mau kene rembat dengan hanger kalau main hujan macam ni...
walaupun hujan lebat...
aku still menunggang dengan kelajuan sedap badan...
men'cilok' antara bas dan lori...

depan texas...
dekat simpang nak masuk pergi NPG...
air sudah naik tinggi...
kalau nak motor cawan sudah tentu plug basah punya...
aku tetap menggila menunggang...
ye lah...
sudah hampir ke rumah...

masuk je rumah aku terfikir...
kenapa aku tidak berhenti di mana mana tadi???
di terowong boleh...
di bawah flyover boleh...
di stesyen stesyen minyak boleh...
tapi aku pilih untuk terus...
baju hujan dibeli siap dengan kasut hujan sekali...
apa makna semua ini???

mungkin benar kata mak...
aku ni degil...

06 May 2011

[mat rempit] test drive - blade 250

50km/h je gegar...
50km/h je gegar...
apa kejadahnya...

aku try henjut...
pick up yang baik untuk kelas 250cc...
cut off yang mendadak...
bila mencecah 140km/h...
steady but still gegar...

sempat sampai 160km/h sahaja...
kerna sudah sampai di persimpangan ke rumah...

tunggu zul keluar sebentar lagi...
aku nak panjat karak...
hahaha...

22 April 2011

[mat rempit] musuh

sebagai penunggang motorsikal...
hujan menjadi musuh kita no. 2...
iye...selepas roadblock kat jalan motor...

kenapa aku katakan hujan sebagai musuh no.2 dan bukan no.1?
ini adalah dalil dalilnya...

1. hujan nyata nyata rahmat dari ilahi...
kalau kita bermusuh dengan rahmat ilahi...
dah macam kita musuh dengan tuhan la pulak kan???

2. jika sedang kita menunggang motorsikal...
tiba tiba hujan...
ia tidak menjadi masalah sangat sebenarnya...
jika ada baju hujan...
berhenti tepi sarung...setel...
jika tiada pun...
boleh lepak kat terowong ataupun di mana mana stesyen minyak...

3. dalam keadaan hujan...
kita masih boleh menunggang motorsikal kita...
cuma sedikit sejuk...
cuma sedikit kabur...
tapi masih boleh gerak lagi kan...

4. kalau ada roadblock...
peerrgghh...
masa tu macam macam kita fikir...
roteks dah renew ke belum???
mana nak buat pusingan U ni???
sempat ke???
lesen aku hidup lagi ke???
cover rantai aku dah pasang balik ke belum???
berapa aku nak hulur kat otek ni???

berapa celakanya kalau ada roadblock ni sebenarnya...
kalau nak buat roadblock kat lorong motor pun...
kasi lorong motor tu elok la...
lubang berapa banyak...
bahaya korang tau tak???
encik najib kalau berani bawak motor jalan kat lorong motor federal tengok...
mesti balik fobia punya...

*nota kaki rempit : tahun ni aku da 5 kali lepas roblok xtahan...
rahsia???adalah...
hahaha

13 April 2011

[mat rempit] awek body solid

setelah berdiskusi dengan beberapa orang pakar...
profesor-profesor...jurutera-jurutera...economist...
akhirnya aku dapat menemui jawaban...
mengapa awek-awek body solid membonceng mat-mat rempit???

1) aerodynamic
dengan mempunyai bentuk badan yang solid...
34-26-36...
awek yang berbadan solid sesuai untuk membonceng motor berkuasa rendah mat rempit...
seorang jurutera dari pasukan f1 menyatakan bahawa...
bentuk badan awek solid membolehkan pengaliran udara dengan lancar...
ini kerna udara yang melalui di bahagian pinggan awek tidak dibebani dengan rintangan...
tambahan pula bahagian pinggang yang montok membolehkan daya tujahan terus daripada belakang...
fungsi ini sama seperti difuser yang menjadi kontroversi suatu ketika dahulu...

*nota kaki rempit : bentuk badan awek body solid potong angin...

2) ergonomic
seperti juga pemandu kereta profesional...
mat-mat rempit juga mementingkan ergonomics...
kita sering melihat yang awek-awek body solid lentik semacam...
sebenarnya ia bertujuan untuk membolehkan penunggang dihadapan selesa dengan kedudukan beliau...
mat rempit dapat menyandar(menyatukan) badan beliau dengan pembonceng...
tambahan pula terdapatnya 'kusyen' yang sentiasa membuat mat-mat rempit lebih selesa...

* nota kaki rempit : bukan kitorang suka main brek tapi main brek ni best...

3) economic
sebagai seorang rempit...
pada kebiasaannya mereka adalah terdiri daripada mat-mat peon...
operator-operator kilang mahupun peserta MLM yang terkandas...
oleh yang demikian...
poket mereka sering kehausan...
dengan membawa awek body solid...
motor tak makan minyak bayak sangat...
kadang-kadang mereka boleh menge'pow' awek body solid untuk mengisi minyak...

* nota kaki rempit : masalah lining brek yang cepat nipis masih belum dapat diselesaikan...

kriteria diatas tiada yang kena dengan aku...
tu pasal aku still ride sorang-sorang...
hahaha