17 September 2011

[raya] 2011

aku nak tulis stail che det.

1. tahun ni raya tak berapa meriah sebab wan dah takda. dulu tiap tiap tahun aku akan masak lauk raya dengan wan. bising macam orang kenduri. kalau orang tak biasa mungkin dikata kami sedang bergaduh. masa masak wan akan keluar macam macam petua orang dulu dulu tapi aku selalu membantah. sengaja aku begitu untuk buat wan marah. tapi wan tahu aku cuma bergurau.

2. tahun ni lagi sekali aku tak beli apa apa untuk raya. duit tarak. aku cuma dapat bagi sikit untuk mak dan bayar zakat. memang tak cukup sebenarnya. bila dengar lagu raya dari hujan aku rasa bersalah.

3. ingat projek kat tasek dapat lah kat kami orang. berangan je lah. semua dapat kat lee.

4. kawan kawan raya semakin sikit. ramai dah kawen.

5. kawan ayah datang bersama keluarganya. 4 orang anak. aku cuma menggoreng mi buat mereka. si ayah 3 kali menambah. anaknya yang ke-2 menangis semasa suapan pertama. pedas sampai menangis? ada juga orang begini.

No comments: