18 September 2011

[raya] bersama gadis

petang tadi aku dan 2 orang kenalan ke cheras untuk majlis rumah terbuka kenalan kami. jalan sesak bermula dari simpang keluar rumah sehingga ke simpang masuk rumah kenalan kami. memang letih kalau memandu(nasib baik aku cuma duduk belakang). nak kata sebab kerja, ramai yang bercuti straight 3 hari rasanya. aku rasa sesak mungkin kerna ramai keluar makan free.

sampai di rumah kenalan kami itu seperti biasa juadah yang dikenali sebagai laksa menjadi hidangan. laksa masakan ibu kenalan kami itu memanglah sedap. aku telah set dalam minda untuk belasah laksa sahaja. selepas menjamah laksa aku dipaksa untuk memakan nasi impit dengan rendang daging. pergh rendang dia memang best. bukan main podeh laie kata orang nismilan. tapi memang pueh hati.

lepas setel makan dan lepak sampai achong sampai kami pun blah. adalah 2-3 kali hujan turun dengan lebatnya. selepas ke rumah kenalan di cheras itu kami pun beraya ke sebuah rumah lagi di desa tun husin onn. kem mindef katanya. berkenalan pula dengan bakal pakcik. keh keh keh. orang yang baca jangan marah ha... azan maghrib lah baru kami ber-3 blah.

sampai rumah sinchan sudah tamat. sudah berapa bulan tak menonton.

No comments: