semenjak kebelakangan ni aku ada juga mula bersenam. berjogging di tasik taman keramat biasanya di pagi dan malam hari. niat aku tidak pernah menyimpang dari untuk menjadi sihat. biasanya orang akan pandang serong dengan perlakuan aku untuk berjogging. meng'usha' awek kata mereka. sedang aku cuma mencuci mata sahaja.
aku mula berjogging ni pun bukan dah lama, baru lagi lepas raya. ye lah dah macam macam di sumbat. dengan makanan berlemak dan air yang manis, kandungan kolesterol dan gula dalam darah perlulah dikawal.
namun begitu setiap kali selepas aku keluar berjogging satu halangan terbesar dalam hidup aku akan menjelma. MAKAN! aku sering kali kalah dengan makanan.
selepas aku penat berjogging 5-6 round pusing tasik yang kecil itu. aku mula mencari sesuatu untuk di isi kedalam rongga perut. juga ada yang sudi meneman. nasib baik mereka jenis mencari makan seperti aku juga. dan malam tadi sekali lagi. nasi lemak kecik kat kg baru menjadi habuan terbaru. masa? jam 1 pagi. dengan ayam goreng sebagai lauk utama.
setelah di fikirkan kembali...agak agaknya... bilalah badan aku nak jadi cantik macam flanker all black???
No comments:
Post a Comment