18 December 2011

[kerja] newbies

sudah 1 minggu aku berjaya harungi tanpa sebarang masalah di tempat kerja baru. aku sudah kerja dan kalian tidak mengetahui akan berita ini? sengaja aku tidak menghebahkan. aku tengah pokai sekarang ni. kalau aku bagitau nanti kene belanja makan pula. nanti dah gaji adelah.

kerja baru ni ok juga lah. basic agak rendah tapi dari cek claim yang dorang dapat masa hari khamis lepas aku rasa basic boleh simpan buat belanja kawen. dengan sape? pengantin perempuan lah.haha

kerja baru ni kat puchong tapi aku kerja site. so berterabur la lokasi yang aku jajahi. most of them in kL area.

sebagai orang baru banyak benda nak kena belajar. mengafal nama equipment, nama system, nama team member, nama customer, jalan pergi lokasi, dan yang paling penting lokasi makan paling best dekat dengan setiap lokasi. kerja kerja juga mencekik jangan dilupa.

semoga aku berjaya dalam kerja baru aku ni. doa kalian amat di dambakan.


No comments: