aku punya ramai kawan. aku tak pernah memilih kawan. aku berkawan dengan sesiapa sahaja yang sudi berkawan dengan aku. aku punya kawan seorang imam. aku punya kawan seorang mat pet. aku berkawan dengan ahli perniagaan yang agak berjaya. kawan aku seorang bouncer. artis berkawan dengan aku. atlit juga aku berkawan. kaki pukul, pecah rumah, peragut, tonto, punk dan pelbagai jenis manusia.
aku berkawan dengan mereka semua.
kadang berlaku perselisihan faham dikalangan kami. ada yang menarik muka. ada yang berkecil hati. bertumbuk. langgar lari, peca kereta, curi henpon dan pelbagai jenis cara untuk membalas perlakuan kerna amara mereka itu.
aku berhadapan dengan mereka semua.
ada yang dipulau oleh rakan rakan. ada yang memulaukan diri sendiri daripada rakan rakan. mungkin kerna mereka terhiris dengan perlakuan rakan rakan. mungkin sikap sombong dalam diri yang tidak dapat dibuang. mungkin sudah tidak sehaluan dengan rakan rakan lagi.
aku kenal dengan mereka semua.
aku ditegur imam akan perbuatan ku. aku masih minum semeja. aku menegur peragut. kami masih lepak di kedai mamak. mereka yang dipulau oleh rakan rakan masih ke shopping kompleks dengan aku.
namun tidak pernah aku dibuang oleh kawan aku sendiri. walau seteruk mana perangai mereka. walau seleceh mana aku pada pandangan mereka. walau tiada siapa menegur mereka kecuali aku. aku masih berkawan dengan semua mereka.
tetapi aku telah dibuang oleh seorang rakan yang aku rasa terbaik pernah aku miliki. seseorang yang sentiasa disisi ketika aku sayu. yang memberi kekuatan ketika aku layu. seorang rakan yang sentiasa mengingatkan aku tentang baik dan buruk. the only friend who always remind me about solat.
sekarang dia pergi dan membuang aku tanpa aku tahu apa sebab. semoga dia sentiasa dalam lindungan Allah s.w.t.