30 September 2011
[belog] suka
sengaja aku masukkan lagi satu entri. sebelum jam 12 tengah malam.
18 September 2011
[belog] readers
blog aku bukanlah femes sangat macam brader nara atau tt atau jejariruncing. oleh itu aku tahu siapa yang sudi membaca blog yang hina ini. ada di kalangan sahabat terdekat juga kawan kawan maya(fesbuk).
tapi aku terharu bila aku mendapat pujian dari seorang rakan yang sedang menyiapkan phd beliau dalam bidang bahasa. katanya penggunaan bahasa aku adalah baik. baik pada aku adalah pujian yang hebat sebenarnya. keh keh keh.
aku sebenarnya tak percaya sebab beliau sudi membuka blog ni. terima kasih sahabat.

[makan] tengah malam
semenjak kebelakangan ni aku ada juga mula bersenam. berjogging di tasik taman keramat biasanya di pagi dan malam hari. niat aku tidak pernah menyimpang dari untuk menjadi sihat. biasanya orang akan pandang serong dengan perlakuan aku untuk berjogging. meng'usha' awek kata mereka. sedang aku cuma mencuci mata sahaja.
aku mula berjogging ni pun bukan dah lama, baru lagi lepas raya. ye lah dah macam macam di sumbat. dengan makanan berlemak dan air yang manis, kandungan kolesterol dan gula dalam darah perlulah dikawal.
namun begitu setiap kali selepas aku keluar berjogging satu halangan terbesar dalam hidup aku akan menjelma. MAKAN! aku sering kali kalah dengan makanan.
selepas aku penat berjogging 5-6 round pusing tasik yang kecil itu. aku mula mencari sesuatu untuk di isi kedalam rongga perut. juga ada yang sudi meneman. nasib baik mereka jenis mencari makan seperti aku juga. dan malam tadi sekali lagi. nasi lemak kecik kat kg baru menjadi habuan terbaru. masa? jam 1 pagi. dengan ayam goreng sebagai lauk utama.
setelah di fikirkan kembali...agak agaknya... bilalah badan aku nak jadi cantik macam flanker all black???

[raya] bersama gadis
petang tadi aku dan 2 orang kenalan ke cheras untuk majlis rumah terbuka kenalan kami. jalan sesak bermula dari simpang keluar rumah sehingga ke simpang masuk rumah kenalan kami. memang letih kalau memandu(nasib baik aku cuma duduk belakang). nak kata sebab kerja, ramai yang bercuti straight 3 hari rasanya. aku rasa sesak mungkin kerna ramai keluar makan free.
sampai di rumah kenalan kami itu seperti biasa juadah yang dikenali sebagai laksa menjadi hidangan. laksa masakan ibu kenalan kami itu memanglah sedap. aku telah set dalam minda untuk belasah laksa sahaja. selepas menjamah laksa aku dipaksa untuk memakan nasi impit dengan rendang daging. pergh rendang dia memang best. bukan main podeh laie kata orang nismilan. tapi memang pueh hati.
lepas setel makan dan lepak sampai achong sampai kami pun blah. adalah 2-3 kali hujan turun dengan lebatnya. selepas ke rumah kenalan di cheras itu kami pun beraya ke sebuah rumah lagi di desa tun husin onn. kem mindef katanya. berkenalan pula dengan bakal pakcik. keh keh keh. orang yang baca jangan marah ha... azan maghrib lah baru kami ber-3 blah.
sampai rumah sinchan sudah tamat. sudah berapa bulan tak menonton.
17 September 2011
[raya] 2011
aku nak tulis stail che det.
1. tahun ni raya tak berapa meriah sebab wan dah takda. dulu tiap tiap tahun aku akan masak lauk raya dengan wan. bising macam orang kenduri. kalau orang tak biasa mungkin dikata kami sedang bergaduh. masa masak wan akan keluar macam macam petua orang dulu dulu tapi aku selalu membantah. sengaja aku begitu untuk buat wan marah. tapi wan tahu aku cuma bergurau.
2. tahun ni lagi sekali aku tak beli apa apa untuk raya. duit tarak. aku cuma dapat bagi sikit untuk mak dan bayar zakat. memang tak cukup sebenarnya. bila dengar lagu raya dari hujan aku rasa bersalah.
3. ingat projek kat tasek dapat lah kat kami orang. berangan je lah. semua dapat kat lee.
4. kawan kawan raya semakin sikit. ramai dah kawen.
5. kawan ayah datang bersama keluarganya. 4 orang anak. aku cuma menggoreng mi buat mereka. si ayah 3 kali menambah. anaknya yang ke-2 menangis semasa suapan pertama. pedas sampai menangis? ada juga orang begini.

Subscribe to:
Posts (Atom)