30 November 2013

Sempurna?

Sikit lagi. Sikiiiiiiiiiiiiiiiiit lagi.

10 November 2013

hmm

Masih belum sempurna.

20 August 2013

Selamat Hari Lahir

Dah genap 28 tahun aku bernafas.

Kawan kawan ada yang da bertunang, kahwin, beranak juga yang telah dijemput Ilahi.

Sebagai manusia biasa dengan iman senipis kulit bawang aku tak lepas dari melakukan dosa. Tatkala sedih aku kembali kepada fitrah dan ketika gembira aku lupa usul.

Ke hulu ke hilir aku masih disini. Cuba membaiki taraf kehidupan namun masih tersekat. Semua yang aku lakukan tersangkut dipertengahan. Fokus mula hilang, matlamat melayang dan tujuan tak keruan.

Aku masih menunggu mana mana gadis yang sudi masuk meminang. Namun bak kata kawan rapat "Menjadi 1 rahmat bila ada perempuan yang suka kat ko sebab dia perlu menanggung penyiksaan sepanjang hidup". Celaka.

Aku terus begini. Melintas jambatan. Neraka mukmin.

Maafkan aku jika kerap mengguris perasaan kalian. Setiap kata cacian, maki hamun, dusta dan nista ternyata cuma sekadar dibibir. Tidak pernah dari hati. Tiada pula aku menyimpan dendam pada kalian yang tidak sependapat, berbalah dalam hal remeh, menghina dengan kata nista atau secara terangan memaki aku. Kalian semua tidak berdosa pada ku kerna telah aku ampunkan.

Kalau ada sumur diladang,
Boleh hamba menumpang mandi,
Kalau ada umur yang panjang,
Kita terus bersama lagi.

Ya Allah,
Ampun dan sejahterakan kedua ibu bapa ku, bukakan pintu rezki mereka seluasnya, tempatkan mereka disyurgamu.

Ya Allah,
Jadikan adik beradik ku anak yang soleh dan solehah, jadikan kami anak yang bisa membawa ibu bapa ke syurgamu.

Ya Allah,
Kau berkatilah guru guru ku, para alim ulama yang mencurah ilmu untuk aku terus kelana atas bumi OT ini.

Ya Allah,
Kau sejahterakan orang orang disekelilingku, teman kawan rakan sahabat ku sekaliannya, permudahkan hidup mereka, pertemukan kami di syurgamu.

Ya Allah,
Selawat dan salam keatas junjungan agung nabi muhammad serta kaum kerabatnya.

Maha suci engkau tuhan semesta alam.

17 November 2012

[jiwa jiwa luka] kita

awak
biar saya menjadi penanggung dosa awak asal saja awak sudi berkongsi istana di syurga bersama saya

awak
bukan menjadi halal buat saya yang dikejar selama ini tetapi menjadi peneman duka dan air mata yang dicari

awak
mengapa perlu ada saya dan awak sedang bisa berkongsi kita

27 October 2012

[kerja] raya

tahun ni aku start kerja semula. setelah 2 tahun hidup kais mengais. mula dengan kerja sebagai technician di puchong dan sekarang sebagai safety officer di kota dosa.

walau tajuk jawatan aku officer namun raya tahun ni (raya puasa & raya haji) aku perlu bekerja. nasib budak baru masuk, aku perlu mengisi kekosongan ketika para senior cuti pulang ke kampung halaman mereka.

yang pasti perbezaan yang paling ketara semasa kerja dengan cuti di rumah ialah sepinggan nasi. aku lapar nasi kerja sebab semua kedai makan tutup. termasuk kedai mamak.

pengalaman raya puasa membuat aku akan memanjat klcc untuk mencari nasi buat juadah makan malam.

17 October 2012

[jiwa jiwa luka] kekasih hati

satu perkataan. cuma satu.
itu sudah cukup buat aku tersenyum.
hilang segala rindu.
cinta kembali berputik.
kasih menguntum semula.
sayang berkembang wangi.

pabila suara terdengar.
seluruh dunia tidak beerti.
seisi alam cuma khayalan.
syuga dunia terhamparan.


**
12:00pm
17 oct 2012
bus port-kl