29 January 2011

gadis

semenjak semalam...
aku merasakan sesuatu yang amat ganjil telah berlaku kepada diriku...
hidupku dirasakan seperti di syurga mungkin...
gadis-gadis genit...montok...cun...
berlegar-legar di sekitar ku...

sudah kurasakan seperti hugh hefner diriku ini...
namun mereka semua berpakaian...
jika tidak sudah ku bukukan mereka semua...
hahaha...

pagi tadi sekali lagi aku bertembung dengan seorang gadis...
bukan awek skuter...
tapi seorang gadis...
wajahnya ayu...bertudung gaya seorang yuna...

aku bertembung dengannya dalam perjalanan ke gerai nasi lemak...
dia sedang mengemas kereta...perjalanan jauh mungkin...
pertembungan di tengah jalan sesuatu yang tidak romantik...
aku mengarah ke kanan...beliau mengacah ke kanan...
aku mengarah ke kiri...beliau mengacah ke kiri...
seperti mahu menari hati ku berdetik...

aku mengangkat muka...
cuba untuk melihat beliau...
lantas mata kami bertentang...
tiba-tiba kami tergelak...
hahaha...
lalu sebagai seorang lelaki budiman(gentleman)...
aku berdiri dan memberi laluan kepad beliau...

ingin ku berikan kad nama seperti semalam...
namun tiada ku bawa ia bersama...
cuma kali ini aku hanya mampu memberi sekuntum senyuman...
buat ia bawa bersama dalam perjalanan jauh beliau...

sebentar lagi aku akan ke gombak...
ada 6 lagi gadis+awek yang cun...genit...montok...yang perlu aku hadapi...
walaupun mereka menjadi pilihan hatiku...
adakah aku dihati mereka???
hmmmmm......

28 January 2011

20. berkenalan

lokasi: kedai makan
waktu: balik solat jumaat

perkara ini baru sahaja berlaku...
panas lagi...

tatkala aku sedang dalam proses memilih lauk untuk makan tengahari ku...
berkira-kira sama ada mahu memilih daging masak kari atau ikan masak asam pedas...
datang seorang awek...
pergh....cun giler...

aku dengan gaya macho yang memang selama ini tersemat dijiwa...
buat ignore je dengan kehadiran beliau...
namun begitu aku masih mencuri-curi pandang wajah beliau...
dapat ku lihat yang beliau sedang membimbit sebiji topi keledar...
waaahh...minah rempit mungkin...

aku mashi lagi meneruskan gaya macho ku dengan menguis-nguis daging masak kari tadi...
manakala beliau sedang menguis-nguis sayur goreng...
jaga badan ku fikir...
iye lah...kalau tidak manakan dapat badan sebegitu...

setelah selesai membayar...
aku kembali ke motor berkuasa sederhana besar ku...
terlihat sebiji motor skuter bernombor pendaftaran negeri perak disisi motor ku...
barang kali motor beliau...fikir ku...
dan memang firasatku kali ini benar...
beliau ke motor tersebut...ego mungkin...sudah ku lupa...

bagi seorang aku...
menegur seorang wanita untuk memulakan perbualan adalah sesuatu yang amat ganjil...
tidak pernah lagi...
tapi kali ini aku seperti berani...

aku meng'hai' beliau...
lantas beliau menghadiahkan sekuntum senyuman...
aku...kaget...
sudah 'hai' nak cakap apa???
fikiranku bercelaru...
aku jadi panik...
lantas dengan gaya yang tetap macho...
aku menghulurkan kad namaku kepadanya...
dan berpesan..."jika sudi"

dengan masih macho...
aku start motor dan berlalu...
aku lihat di cermin sisi...
beliau masih terpinga-pinga sambil membaca kad namaku...

sekarang...
aku menunggu panggilan misteri dari beliau...

26 January 2011

how to win a girl

hahaha...
pastinya anda semua sedang tergelak membaca tajuk yang diraut di atas...
manakan tidak...
seorang aku menulis tentang meng'ayat' awek...

gambar sekadar hiasan

ok...since aku still seorang single...
dan still dalam proses meng'ayat' awek...
aku ada beberapa perkara yang nak kongsi dengan anda semua...

mesti anda biasa mendengar tips "be yourself"...
percayalah...ini sucks...
ini terbukti kepada diri aku sendiri...
aku menjadi diri aku sendiri...
cara pemakaian...percakapan...pergaulan...dan macam-macam per lagi...
namun semua hampa...
lalu seorang rakan rapat ku berkata...
ko kene tukar cara ko tu...
pakai ko kene ubah...cakap tu cube elok-elok sikit...
dan macam-macam perkara yang perlu aku ubah...

so sesiapa yang bagi idea macam ni...
boleh pergi gone...
hahaha...

kemudiannya...wanita tidak memandang luaran...
kamon la...jangan menipu boleh tak...
kalau korang takde duit...
ade ke awek nak???
kalau korang muka macam puak uruk hai...
tak kan ada awek nak dekat kot...

believe me...
awek-awek sekarang tak pandang kalau korang cuma menunggang motosikal...
macam aku...walaupun motor aku berkuasa sederhana besar...
walaupun aku seorang yang kacak(sumber-sumber yang boleh dipercayai)...
hahaha...

ade lagi...
tunggu bahagian seterusnya...
aku nak buat robot pulak...

23 January 2011

19. pemikiran

selepas kelas aku terus menuju surau untuk menunaikan kewajiban...
setelah selesai aku pon melepakkan diri di luar surau...
tujuan...untuk menanti achong pulak...

seusai menanti achong...aku pon buka laptop...
melayari internet setelah meninggalkannya lebih 12jam...
blog-blog wajib seperti tukartiub...rakyat marhaen...sembang kencang...krenmaut...aku mulakan...
semua untuk mengikuti perkembangan semasa...

ketika sedang membaca entri tentang prk tenang...
datang pula lecturer yang disayangi...
sebagai anak murid yang patuh...aku dan achong mulai berborak dengan beliau tentang politik semasa...
aku tidak menyanggah kredibiliti beliau sebagai seorang pengajar...
namun beberapa pandangan dari beliau aku tidak berapa setuju...

pertamanya beliau mengatakan bahawa orang cina sedang bergabung...
mca dalam sembunyi-sembunyi mulai berpakat dengan dap...
keduanya orang melayu sedang berpecah kepada 3...
ameno...pas...pkr...
jika dibiarkan kita akan menjadi seperti singapura...
apa jadi kepada melayu singapura...kata beliau...

tuan lecturer...
kamon la...bukan semudah itu untuk orang cina bergabung didalam dap...
kapal singh tu cina ke???
ingat orang cina tiada masalah perpaduan macam melayu ke???

keputusan tuan untuk mengundi ameno juga untuk pru akan datang bukanlah sesuatu yang bijak...
tuan kata biarlah ameno berkuasa kerna perpecahan kita kepada 3...
kalau pon tuan tidak mengundi ameno melayu tetap pecah kepada 3...
lagipun pkr bukanlah melayu semuanya...
kenapa tidak memilih pas yang teguh memperjuangkan islam sekian lama...

sebenarnya otak tuan telah dicemari oleh juak-juak ameno...
mereka inilah yang telah memecah-belahkan masyarakat melayu...
media massa yang sepatutnya bergerak bebas dikongkong supaya 'bias' kepada mereka...
tivi3 suku yang setiap malam menyebarkan fitnah dan tidak jujur dalam menyiarkan berita...
blogger-blogger ameno yang tidak putus-putus menyebarkan benih-benih kebencian...perkauman...
dengan tujuan supaya pihak pembangkang nampak buruk...
perkara ini memang menjadi darah daging mereka...

aku...penyokong pembangkang???
mungkinlah...tetapi lebih kepada benci kerajaan...
cara mereka mentadbir...
kronism...rasuah...
konon-konon je kempen anti semua tu...
namun itulah cara mereka yang sebenar...
tanah orang kampung ditukar hak milik menjadi hak milik mereka...
diberi kepada kroni-kroni mereka...
orang-orang kampung yang merempat disitu diabaikan...
ini semua didepan mataku...

anak muda sekarang telah mula sedar semua ini...
cara pemikiran orang kampung juga telah berubah...
kamon lah...
selamatkan negara kita daripada juak-juak yang sibuk memenuhkan kantung mereka...
rakyat marhaen macam kita yang tertindas...

18. robot

aku letih...
itu yang dapat digambarkan terhadap perasaan aku sekarang ini...
aku perlu membuat sedikit 'research' untuk tugasan robot...
ianya akan dibentangkan pada esok pagi...

membuat robot bukanlah sesuatu yang mudah...
ia memerlukan daya imaginasi yang tinggi...
bak kata albert einstein...
"untuk berjaya kita memerlukan 1 peratus kepandaian dan 99 peratus angan-angan"

petang tadi didalam kelas...
yah telah memberi 1 tajuk yang agak menarik...
aku cuba untuk menyesuaikan diri dengan idea yang diberi oleh yah...
ini kerna aku perlu mencari bahan untuk kelentong mr. razak esok pagi...

seusai aku berjaya menyiapkan rangka kerja untuk robot yang dicadangkan oleh yah...
aku juga telah mereka 1 lagi robot...
ianya sebagai 'back-up' jika idea yah tidak diterima oleh mr. razak...
jika idea aku juga ditolak...
harap-harap yana & hapis ada sesuatu...
hahaha...

ape keputusannya pagi esok???
berdoa pada yang esa...
moga dipermudahkan urusan...
insya allah...

20 January 2011

17. van boy

bercerita tentang van boy cafe...
pernah kami meminjam van tersebut untuk merembat peti sejuk dari rumah sewa ibu...
ibu ialah mak mus merangkap mak angkat kami...
aku...amin...asan...dan sape ntah lg...
kami memacu van kepunyaan boy cafe dari bmi ke sentul untuk mengambil peti sejuk tersebut...

kemudian memindahkannya ke seri gombak...
perjalan yang mengambil masa sekitar 45 minit tersebut dirasakan yang terpanjang dalam hidup kami...
perasaan kami bercampur-baur kerna van tersebut terperap dengan bau hanyir darah...
kerna van tersebut digunakan untuk membawa barang  basah dari pasar...
hanya tuhan yang tahu perasaan kami tatkala itu...

selepas dihantar pulang...
aku dapat lihat apit muntah-muntah...
ucu xdapat tidur malam...
yang lain-lain steady je...
biasalah mereka itu anak manja...

ini lah van boy...
aku pinjam siang tadi untuk menolong gadis-gadisku pindah rumah...


*van boy ialah van yang dimiliki oleh boy cafe...

19 January 2011

16. malam tahun baru

ape kene ntah aku ni...
dah 18 hari baru nak cerita tentang malam tahun baru...
sebenarnya aku dalam keadaan tidak tahu apa nak buat...
idea robot aku tidak menerjah keruangan minda lagi...

pada malam tahun baru yang lepas...
buat pertama kalinya aku tidak membuat kerja gila...
tiada klcc...tiada bukit bintang...tiada pesta buih...
tetapi pada malam itu aku rasa bahagia...
hahaha...

untuk malam tahun baru kali ini...
aku hanya keluar makan...dinner...
yana...yah...aku...
kami bertiga ke sebuah kedai makanan mexico...

hanya yana yang pernah sampai ke kedai ini...
mengular masa kerja...hahaha...
kedai ini terletak di jalan ampang berhampiran dengan tasik ampang yang tepi mrr2...
namun oleh kerana yana ni seorang yang amat suka mellupakan jalan...
kami terpaksa berpusing-pusing di sekitar ampang...
gile sampai taman kosas tu aku bawak kereta...

namun pencarian kami berakhir...
pabila yana dengan percubaan terakhir mengatakan kedai berkenaan di belakang shell di jalan ampang...
dan aku dengan rela hati mencuba untuk kali terakhhir...
jikalau tiada kedainya di situ kemungkinan kami akan ke chilis klcc atau ke delifrance flamingo...

percubaan untuk mengingati lokasi sebenarnya telah berjaya...
yana yang dalam samar-samar untuk mengaku kesalahan beliau dengan wajah ceria menunjukkan kedai tersebut...
kedai yang agak tersorok di celah-celah rumah orang kami hinggapi...
untuk makan malam ini...

makanan dikedai ini memang sedap...
aku cuma makan tortilla wrap with chicken...
yana dan yah memilih speghetti sebagai santapan mereka...
kami makan dengan penuh sopan-santun...
walaupun makan di kedai mexico namun kami tidak bertukar menjadi kaum aztec...
hahaha...

selesai makan malam kami pon terus pulang kerumah...
walaupun ketika itu jam baru menunjukkan pukul 10 malam...
tetapi oleh kerna aku memerlukan tidur yang cukup untuk memandu ke kuala kangsar esok pagi...
aku memilih untuk berehat di rumah...

terima kasih yah sebab belanja kami makan malam tersebut...
doakan beliau dapat buat sales banyak-banyak lagi...
dan aku dapat memenuhkan perut aku lagi...
hahaha...

sedikit sebanyak perkara yang berlaku di kedai tersebut...
appertizer...nachos...

si cute + si kacak...

filem photographer...

menyocok ayam secara kejam...

menikmati speghetti...yum yum