aku hari ni kerja dekat viva home decor jalan cheras sana tu. so secara automatiknya aku makan dekat dekat area yang tersebutlah kan.
environment kedai tersebut seperti kedai kedai makan yang lain. ada tivi tak bukak. cuma ada suara radio saja. lauk yang tak berapa menarik tapi ramai orang. tipikal malay restoren in kay ell.
so nak dijadikan certa siaran radio yang terdenga itu. dari cakap cakap penyampai dia berkata sedang dalam segment rock. aku terdengar begitu terasa bersemangat untuk makan.
kemudiannya keluar lagu yang agak rancak. aku berkata dalam hati "boleh tahan gak ni". lantas aku mengambil lauk yang agak taf seperti ikan keli dan sayur sawi. aku juga meng'order' air limau ais. pergh makanan orang orang taf.
duduk untuk makan lagu tadi masih tidak habis. lauk kat kedai tu pun boleh pergi gak sedapnye. tiba tiba...
lagu ni keluar
aku punya momentom makan menjadi sedikit slow. bukan sebab ada kene mengena dengan aku tapi sebab aku punya feeling lagu mula mula tadi kene potong. ciss..
lepas je lagu kat atas tu habis dia sambung dengan lagu ni pulak.
ok. this is way too much. tadi dia kata segment rock. ni lagu ape ko pasang ni. bukan saja aku jadi tak lalu makan malah terasa nak muntah pula. celaka betul.
aku bukan apa. aku kesian kat ikan keli yang melingkar di dalam pinggan tersebut. aku terpaksa tinggalkan ia. for the record rasanya aku tak pernah tinggalkan makanan tanpa menghabiskannya.
perkara begini perlu diambil serius oleh pihak pihak berwajib. jakim, lhdn dan imigresen serta sprm perlu menguatkan lagi penguatkuasaan mereka. bagaimana lagu macam ni boleh di kategorikan sebagai rock? kalao dio, rudi van halen atau steve haris dengar?? mau terhiris hati mereka.
diharap mereka konsern benda benda macam ni. keh keh keh
20 February 2012
08 February 2012
[belog] update
lama sudah tidak meng'update'kan blog ni.
bersawang sudah.
ada cerita yang aku nak kongsi bersama.
bersawang sudah.
ada cerita yang aku nak kongsi bersama.
18 December 2011
[kerja] newbies
sudah 1 minggu aku berjaya harungi tanpa sebarang masalah di tempat kerja baru. aku sudah kerja dan kalian tidak mengetahui akan berita ini? sengaja aku tidak menghebahkan. aku tengah pokai sekarang ni. kalau aku bagitau nanti kene belanja makan pula. nanti dah gaji adelah.
kerja baru ni ok juga lah. basic agak rendah tapi dari cek claim yang dorang dapat masa hari khamis lepas aku rasa basic boleh simpan buat belanja kawen. dengan sape? pengantin perempuan lah.haha
kerja baru ni kat puchong tapi aku kerja site. so berterabur la lokasi yang aku jajahi. most of them in kL area.
sebagai orang baru banyak benda nak kena belajar. mengafal nama equipment, nama system, nama team member, nama customer, jalan pergi lokasi, dan yang paling penting lokasi makan paling best dekat dengan setiap lokasi. kerja kerja juga mencekik jangan dilupa.
semoga aku berjaya dalam kerja baru aku ni. doa kalian amat di dambakan.
04 December 2011
[kawen] aimy
awek ni dah kawen akhirnya. melepas aku. hehe.
pastinya ramai lelaki di luar sana yang berkongsi perasaan yang sama dengan aku. seorang awek yang lawa, cun, cantik telah terlepas ke tangan lelaki lain. what a lucky guys. walau kami cuma berkenalan sebagai rakan sekelas tetapi aku rasa hubungan aku dengan aimi sangat rapat dan tidak salah kalau aku gelar dia sebagai seorang kakak kepada aku. dia banyak membimbing aku tidak kira dalam urusan pelajaran atau pun hidup. aku sering menghubungi dia untuk mendapatkan nasihat.
Aimy. from the bottom of my heart. hope you and your husband will live happily ever after.
sedikit cebisan daripada majlis persandingan.

suasana dalam dewan
singgahsana yang tersergam indah
kek
memotong kek
pengantin bersama rakan rakan
taca menyain dengan penuh tekun
yah cuma berlakon
best picture of the day
selesai sudah aimy. lepas ni siapa pula??? keh keh keh . . .
02 December 2011
[jiwa jiwa luka] kawan
aku punya ramai kawan. aku tak pernah memilih kawan. aku berkawan dengan sesiapa sahaja yang sudi berkawan dengan aku. aku punya kawan seorang imam. aku punya kawan seorang mat pet. aku berkawan dengan ahli perniagaan yang agak berjaya. kawan aku seorang bouncer. artis berkawan dengan aku. atlit juga aku berkawan. kaki pukul, pecah rumah, peragut, tonto, punk dan pelbagai jenis manusia.
aku berkawan dengan mereka semua.
kadang berlaku perselisihan faham dikalangan kami. ada yang menarik muka. ada yang berkecil hati. bertumbuk. langgar lari, peca kereta, curi henpon dan pelbagai jenis cara untuk membalas perlakuan kerna amara mereka itu.
aku berhadapan dengan mereka semua.
ada yang dipulau oleh rakan rakan. ada yang memulaukan diri sendiri daripada rakan rakan. mungkin kerna mereka terhiris dengan perlakuan rakan rakan. mungkin sikap sombong dalam diri yang tidak dapat dibuang. mungkin sudah tidak sehaluan dengan rakan rakan lagi.
aku kenal dengan mereka semua.
aku ditegur imam akan perbuatan ku. aku masih minum semeja. aku menegur peragut. kami masih lepak di kedai mamak. mereka yang dipulau oleh rakan rakan masih ke shopping kompleks dengan aku.
namun tidak pernah aku dibuang oleh kawan aku sendiri. walau seteruk mana perangai mereka. walau seleceh mana aku pada pandangan mereka. walau tiada siapa menegur mereka kecuali aku. aku masih berkawan dengan semua mereka.
tetapi aku telah dibuang oleh seorang rakan yang aku rasa terbaik pernah aku miliki. seseorang yang sentiasa disisi ketika aku sayu. yang memberi kekuatan ketika aku layu. seorang rakan yang sentiasa mengingatkan aku tentang baik dan buruk. the only friend who always remind me about solat.
sekarang dia pergi dan membuang aku tanpa aku tahu apa sebab. semoga dia sentiasa dalam lindungan Allah s.w.t.

[kawen] amen & bye
minggu lepas aku ke utara tanah air untuk menghadiri majlis persandingan amin bersama pasangan juga bye bersama pasangan. bulan lepas ketika majlis sebelah pihak perempuan yang di adakan di sah alam tidak dapat aku hadiri kerna aku sekolah. oleh itu aku ke perlis. bye punya majlis pula sekali harung. alang alang sudah di sana kami stop by je la. namun jika 24 december ini ada kaki akan ku terjah jua pulau mutiara lagi sekali.
cakap banyak tak guna. ni sedikit gambar yang sempat aku petik. ada juga yang wan petikkan ketika aku sedang melahap di bawa khemah.
cakap banyak tak guna. ni sedikit gambar yang sempat aku petik. ada juga yang wan petikkan ketika aku sedang melahap di bawa khemah.
banner yang halus
amin menyeringai...mentang mentang dah dapat
amin & ami
lovely couple...kadang aku jeles gak dengan dorang ni...hehe
bandi with his family
bye...bulu banyak dah cukuq...katanya...
serius...lu orang takkan jumpa amp ni kat KL...sungai kelang mungkin...
aku gerak dari sini dengan asan, ami & abib. dorang pck up aku jam 3 pagi di keramat. sampai rumah amin lebih kurang jam 1.30. ami punya bising. haha. kemudian gerak ke rumah bye. sampai jam 5. orang tengah berkemas baru kami nak sampai. tapi tak mengapa kerna lauk masih ada.
kepada abang asan (bukan asan gay) saya meminta maaf. ko sombong sangat. mentang mentang dekat boleh nak gerak lambat. ingat kami orang takda kerja lain nak tunggu ko?? haha
13 November 2011
[raya] aidiladha 1423h
seperti tahun tahun sebelum ini aku beraya di rumah kampung delek. iyelah kan. aku belum kahwin lagi. kalau tidak sudah tentu aku ke rumah mertua.
solat raya macam biasa aku ke masjid. bukan tidak mahu ke surau berhampiran rumah tetapi crowd yang ramai disana menyebabkan kesesakan. lagi pula di masjid kalau ustaz mahfuz baca khutbah sedap dengar.
raya ke-1 (baca pertama) aku hanya duduk di rumah. tiada kemana kerna memang tiada arah untuk dituju. nak lepak dengan member member semua sibuk raya dan menolong di surau/masjid. surau di rumah berhampiran hanya menjalankan aktiviti korban pada hari raya ke-2.
raya ke-2 aku ke surau untuk memberi tangan dalam aktiviti korban. aku datang dengan semangat. lebih kurang jam 8 sudah pacak. akan tetapi orang ramai sudah pun mula menelubingi kawasan penyembelihan. aku ingat nak tolong tetapi sudah banyak orang yang sudah ada disana. mereka juga punya seragam hitam sebagai tanda ahli yang diberi tanggungjawab untuk menjalankan tugas masing masing.
selepas seekor lembu telah tumbang aku rasakan aku tiada punya ruang untuk memberi tangan memandangkan ahli seragam hitam sudah banyak. aku pulang ke rumah sebentar untuk mengambil kamera. aku dapat rasakan mengambil gambar lebih baik dari jadi penyemak yang hanya memandang.
sekitar aktiviti penyembelihan di surau haji sulaiman kg delek kiri (baca tragedi berdarah)

menanti giliran
dipinggirkan
penyerahan
pap yang penting? KERJASAMA!!!
potong telur
bersama melapah
membersih perut
dari celahan
YB
pemuda harapan kampung
memberi dan menerima
**last aku datang surau 2 tahun lepas masa raya haji juga...tapi masa tu aku tolong...
Subscribe to:
Posts (Atom)