17 November 2012

[jiwa jiwa luka] kita

awak
biar saya menjadi penanggung dosa awak asal saja awak sudi berkongsi istana di syurga bersama saya

awak
bukan menjadi halal buat saya yang dikejar selama ini tetapi menjadi peneman duka dan air mata yang dicari

awak
mengapa perlu ada saya dan awak sedang bisa berkongsi kita

27 October 2012

[kerja] raya

tahun ni aku start kerja semula. setelah 2 tahun hidup kais mengais. mula dengan kerja sebagai technician di puchong dan sekarang sebagai safety officer di kota dosa.

walau tajuk jawatan aku officer namun raya tahun ni (raya puasa & raya haji) aku perlu bekerja. nasib budak baru masuk, aku perlu mengisi kekosongan ketika para senior cuti pulang ke kampung halaman mereka.

yang pasti perbezaan yang paling ketara semasa kerja dengan cuti di rumah ialah sepinggan nasi. aku lapar nasi kerja sebab semua kedai makan tutup. termasuk kedai mamak.

pengalaman raya puasa membuat aku akan memanjat klcc untuk mencari nasi buat juadah makan malam.

17 October 2012

[jiwa jiwa luka] kekasih hati

satu perkataan. cuma satu.
itu sudah cukup buat aku tersenyum.
hilang segala rindu.
cinta kembali berputik.
kasih menguntum semula.
sayang berkembang wangi.

pabila suara terdengar.
seluruh dunia tidak beerti.
seisi alam cuma khayalan.
syuga dunia terhamparan.


**
12:00pm
17 oct 2012
bus port-kl

28 September 2012

[makan] masak

**idea datang sedang aku makan malam kat tempat kerja

setiap kali makan di kedai makan / warong / restoran / bistro / cafe / kantin / pasar malam, aku secara automatik akan mengkritik masakan makanan yang akan aku jamah tersebut. walau sudah berkali menjejak kaki ke tempat yang sama, memesan juadah yang sama, aku tetap akan mengkritik masakan tukang masak yang memasak makanan yang aku pesan yang dihidangkan di hadapan aku itu.

ia menjadirancak bila mana aku makan bersama teman teman wanita ku yang lain. lebih lebih lagi jika ianya pertama kali kami menjejakkan kaki ke tempat tersebut. suapan pertama bisa menjadi perbualan hangat atau menjadi suapan terakhir yang hambar

tatkala meningkat dewasa ini dengan sedikit rasa ego dan bilamana aku punya sedikit kuasa untuk memilih, aku terkadang punya rasa tidak puas hati terhadap segelintir tukang masak yang menyediakan makanan tersebut. bagaimana jika aku katakan situasi dimana kita ke sebuah restoran untuk kesekian kalinya tetapi hasil yang berbeza? makan  makanan yang sama. dimasak oleh orang yang sama namun rasa berubah ubah. tidakkah kita akan bereasa tidak puas hati jika makanan yang kta makan tersebut pernah kita rasa dengan sedapnya namun ia menjadi hambar buat kali kedua kita memesan dan ia seperti akan keluar kata nista ketika makan buat kali seterusnya?

perasaan marah juga timbul dalam hati bilamana makanan yang dihdang tidak menepati citarasa. sudahlah begitu dengan rasayang tidak senonoh. kemana arah garamnya, gulanya, kemana rasa pedasnya, masamnya. tidakkah tukangmasak tersebut punya lidah untuk merasa, hidung untuk menghidu? juga tidakkah mereka punya perasaan seperti para pengunjung yang punya keinginan untuk menikmati makanan yang bisa memuaskan nafsu makan mereka?

jika aku di rumah aku seringkali membantu mak dalam urusan penyediaan makanan terutama jika ada tetamu yang datang ke rumah. bukanlah aku pandai memasak tetapi aku tahu selok belok dalan penyediaan sesebuah hidangan itu. tidak aku pernah mengikuti kelas latihan / kursus penyediaan makanan untuk meningkatkan mutu masakan. cuma internet, buku masakan dan sedikit rasa ingin mencuba yang menjadi pencetus kepada hasil sesuatu masakan. juga tunjuk ajar daripada mak dan arwah wan yang banyak membantu aku.

seorang makcik aku sangat tegas dalam setiap juadah yang beliau sediakan.. ternyata ia sesuatu yang hebat dalam bidang beliau. tegas beliau bilamana tidak suka orang menambah apa dalam makanan yang beliau sediakan. kadang beliau marah jika orang menambah sos / kicap dalam juadah beliau. cara beliau ini menjadi pedoman kepada aku bilamana jika seseorang itu meminta sos / kicap untuk ditambah dalam makanan yang aku sediakan mungkin ada sesuatu yang tidak kena dengan masakan aku itu.

aku akui secara peribadi walau tak sedap macam mana pun makanan tersebut aku akan sedaya upaya untuk menghabiskannya. bukanlah aku tekak buaya tetapi aku telah diajar sedari kecil oleh ayah supaya setiap makanan mestilah dihabiskan. ayah tegas dalam soal ini. rezeki yang diberi tuhan perlu kita manfaatkan.

bila aku sambung belajar dulu (diploma) ramai saudara mara yang agak terkejut dengan kursus yang aku ambil. engineering dan culinary amatlah berbeza.sangka mereka minat memasak aku itu hendak dijadi sebagai kerjaya ternyata meleset. namun jika mereka datang ke rumah tatkala aku ada sudah pasti aku tidak mengecewakan mereka dengan juadah yang disediakan. memasak cumalah hobi aku kerna aku juga suka makan dan aku tak suka menyusahkan mak untuk memasak makanan yang beliau tak reti nak buat hanya untuk anaknya yang gemuk ini...

masa bukan waktu

masa itu berubah
kadang cepat kadang pantas
kadang lambat kadang lewat

waktu tidak menipu
bergerak tanpa hirau
engkau siapa

05 September 2012

makan malam

makan malam ni.paling power bila kau lepak kedai yang makanannya sedap pemandangan pun sedap bunyi bunyian yang sedap tempat duduk yang sedap dan yang paling penting pelayannya juga sedap.